08 November, 2018

Jangan La Sampai Depressed.

Nampak cam aku cool je kan. Cam takde masalah. A ah memang aku takde masalah pun. Aku rasa paling besar masalah aku pun satu je. Duit.

Aku nak duit banyak. Susah sangat nak gain duit yang banyak. Since aku tak kerja, aku memang kena cari duit untuk kepuasan aku sendiri. Laki aku bagi gak aku duit, tapi untuk kepuasan aku sendiri, berapa amaun pun tak cukup. 

Laki aku tak mintak pun aku tolong dia. Kalau aku berduit, semua aku punya. The way aku habiskan is.. bawak family makan makan. Hahaha duit aku senang cite banyak habis ke makan.


Ok berbalik kepada cite yang asal. Camne aku handle masalah? Kadang perempuan ni tahapehape tau. Mende tengah hepi tetibe leh jadi sebak. Tengah potong timun tetiba boleh rasa nak nangis. Tahape hape. Potong bawang logik la gak kan nak nangis.

So cara aku handle ialah, ambik ringan semua benda.

Aku sebenarnya stress sebab anak aku (Adam la selalunya) cam buat aku marah tak
nak mendengor kate. Kadang bila penat sangat asyik
Marah je, benda kecik pun aku nak marah padahal bila pikir balik ; biorler. 
Dia kan budak? Aku dulu buat gak ape? Hmmmmmmm camne la mak aku dulu kan.

Salah satu sebab aku marah marah is ; aku tak cukup tido.


Aritu sembang ngan Nurulism. Aku bagitau dia, aku selalu tido kul 4.30 pagi.
Dia suruh aku tukar. Its not good.

So aku memang plan nak tido lepas Isya'. Bangun kul 4 pagi, mandi, melukis, masak lunch terus sekali dinner.

Tapi asyik gagal je. Mesti terjaga kul 6.30pagi last last. Semua kelaut. Jadi terlebih tido plak. Masalahnya terlebih tido memang best sis tapi keje berlambak tertangguh tu tak best T_____T

Susah nak kawal perasaan. Kawal diri sendiri. So cara aku taknak stress, taknak depress is, aku ignore jela. Buat la apa kau nak. Jangan aku nampak dah. Gi
la main puzzle ke main mainan ke, aku malas nak tengok sebab kang japgi tak kenan aku marah. So bila aku marah, aku buat bodo. Sebab kalau aku tengok kang japgi aku bertambah marah.

But still dia dekat jela ngan aku. Pastu nanti dia tengok aku senyap je, dia ngendeng la say sorry la apa la.

Hmmmm. Sian anak kan. Kadang tengok video pengasuh dera anak, rasa marah sangat. Padahal aku ni dera anak sendiri boleh plak. Duk marah je manjang tu dikira sejenis dera jugak k. Ko suka tak kena marah dengan suami? Tak kan?

Harap aku jadi lebih kuat. So boleh kawal diri sendiri. Be gentle. Kesian anak anak aku T____T

I Love You Adam, My First Born.

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila