27 November, 2020

Cheapskate.

 


Tengok ni, teringat diri sendiri. Aku syak camni la rupa aku. Cheapskate. HAHAHAHAHA.

Tapi betul. Aku mana suka beli mahal mahal. Baju ke seluar ke makan ke ape ke. Rasa rugi gila beli mahal mahal.

Teringat dulu masa awal kawen, Zelo bawak aku gi kedai steak chef ape tah kat Seksyen 13. Harga beratus. Aku ajak Zelo keluar kedai. Kitorang beli air je. Tu pun dekat tiga puluh ringgit air je. Aje ke gileeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Last last kitorang makan kat Polperro (kot?) Haa dapat gak makan lambchop.

Bila dah bape tahun kawen, baru la paham apa beza dia. Kenapa mahal. Kenapa murah. Sekarang ok je kalau nak makan mahal. Dah tak rasa masalah. Malah lagi gembira tak terkata.. sebab tak payah masak. KAH!

Masa awal kawen, aku ada habit menyimpan duit. So aku memang jimat sangat sangat. Sebulan simpan RM700 untuk kawen. Keje pulak Shah Alam-KL. Nak bayar kete lagi, servis kete lagi. Minyak, tol. So memang berdikit dikit la orang kabo. Zelo pulak masa tu pun baru keje saing saing aku jugak la. So aku paham la kondisinya. Walaupun dia kata.."Takpe.. takpe.." Aku tetap buat palatao.

Jun 2017. Gambar takda kaitan. Saje selit.

Makanya sampai sekarang aku masih kedekut bab pakaian aku. Even laki aku yang belikan. Aku jenis pakai sampai barai. So jarang aku buat preloved. Sebab aku rasa rugi aku jual sebab nanti kena beli baru. So pakai jela apa ada. Tapi kalau baju tu da tak elok, idok la aku pakai. Tapi baju aku banyak je yang elok elok cuma tak muat je sebab gemok.

Hari tu berat aku naik mendadak jadi 64.5kg. Ngeri dia sampai baju peknen pun tak muat. Ngeri kannnn. Down gile semua baju da tak muat. Lengan dah jadi macam minah rempit ketat gila. Belakang pun berlipat lipat. Nak gi kenduri pun takde baju dah.

So usaha turunkan berat. Now dah 58kg. Syukur baju dah muat. So takyah la aku beli baju kan? 

HE HE HE.

Tadi baca fb post Nurulism, dia suka pegi mall sebab nak tengok fashion terkini. Dia suka shopping baju. Aku pun suka tengok dia. Ropol ropol la apa la ei comei. Aku rasa salah satu sebab aku tak beli baju adalah.. AKU BUTA FASHION. Aku tak rasa pun aku pakai lawo. Kalau acah acah nak cuba benda baru, last last duk jela dalam almari tu tak pakai.

Payah tul jadi Eny.

Misi kurus target berat aku 45kg. So semua baju aku boleh pakai. 

GOOD LUCK ENY!

26 November, 2020

#BekalSuami : Daging Masak Kicap

Since semalam berkobar kobar taknak blog jadi blog sampah, makanya aku pun nak share resepi. Ni bekal aku bawak untuk Zelo pagi tadi.


Resepi Daging Masak Kicap Eny Kitchen

Daging segenggam. Lebih sikit pun okay.
Halia 1/2 inch
Bawang Besar 1biji
Bawang Putih 2 ulas
Blackpepper
Kicap Manis
Sos Tiram 2 sudu
Cili Api
Sedikit Air

Hiris daging. Jangan tebal sangat jangan nipis sangat.
Hiris bawang besar, bawang putih, halia, cili api.

Letak minyak sikit. Tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai naik bau.

Pastu masukkan daging. Gaul gaul, tutup kuali. Biar daging keluar air. Dah rasa daging macam da masak, masukkan sos tiram. Pastu masukkan kicap.

Kicap tu ikut ko la nak buh banyak mana. Ko nak kuah banyak, buh lebih sikit.

Kacau, tutup kuali. Biarkan masak. Tapi jangan lama sangat sebab takut hangit. Agak agak dah okay, masukkan air sikit. Pun sama ikut nak kuah banyak mana. Buh blackpepper.

Bila da siap, time ni la nak letak bellpepper ke ke ape ke.

Aku tak letak dah garam sebab kicap dan sos tiram dah memang masin. Gula pun tak letak sebab kicap dah sedia manis.

Setel.

Aku rasa ni resepi senang sebab aku pepagi masak untuk Zelo bawak bekal since covid ni, aku takut nak suruh dia pergi makan luar. So haruslah menu pun pantas tuntas.

Memang bila bangun pagi ni lemau je rasa nak masak. Tips dia, ko kene cairkan sesiap lauk nak masak tu. kalau ko bangun tido, pastu daging pun beku lagi, memang sadaqallahulazim gais.

Okay. Aku dah tau dah content aku pasni. #BekalSuami tapi cuak la jugak. Maknanya hari hari nak kena masak benda yang berlainan ke? Debor. 🤣

Satu je masalah bila ko masakkan bekal laki ni, ko jadi sugul nak masak apa. Misalnya aku, tajuk lauk pusing pusing tang tu la kan. Masak lemak cili api, sambal udang, kari, ayam bako, ayam goreng, padprik, tomyam. Bila tengahari ko dah masak satu lauk, malam ko da sugul dah nak masak apa pulak. Laki aku ni pesen tak suka kalau lauk tajuk merapu karang tak kenan. Sama la cam Adam tu ha. Nasib Sara cam aku, telan je apa ada.

Payah bebenor.