12 August, 2014

Tolong la!

Aku meluat betul pesen orang tak paham paham ni. Suka amek serius mende yang ko tak perlu. Dan aku rasa sepatutnya masa tu ko diam je or at least senyum la kan. Semak la.

Aku pun time mengusik tu gelak gelak kawan aku tu pun sengih nak bidas balik.

Ni pesen bila aku mengusik ada orang ni, tetiba ade orang datang back up orang yg aku tengah usik ni.

Situation 1

Aku tengah tengok kawan aku masukkan buku dalam bag cam bersiap nak balik. So aku pun usik dia ;

Aku : "Oooo pandai ko eh nak balik awal ehhh hahahahah!"

Yang kawan aku tu sengih gelak.

Penyibuk : "Dia saje je la nak kemas barang awal, dia banyak keje lagi"

Aku cam.. Aduhhh. Ko ni tak paham ke aku tengah gurau sibuk nape? Kamon la aku tau la dia belum nak balik lagi ingat aku ni lembab nau ke ape.

Aku ngan kawan kawan aku memang suka gurau kasar. Sama sama kasar. Selalu aku yang kena. So bila dapat peluang camni aku takkan sia sia kan lah. Tapi bila kau ada, sume jadi membosankan.

Situation 2

Aku makan ngan kawan aku. Si penyibuk pun ada. Da janji pas makan kawan aku tu nak kemas. Lepas makan tetiba kawan aku nak blah. Dari gaya dia aku tau la yang dia nak gi basuh tangan.

Aku usik la,

"Oo ko pandai kannn kate nak kemas! Hahahah!"

Pastu kawan aku cam sengih la nak jawab sesuatu. Tapi tak sempat dia jawab si penyibuk tu da cakap ;

"Dia nak gi basuh tangan la japgi dia kemas lah,"

Grr i was like... Argh! Ko blah la! Menyibuk jeee eiii mencikkkkk!!

Kadang kadang aku rasa aku malas nak sembang pun kalau dia ada. Why so serious?

And setiap kali aku gurau mesti jadi camni. Rimas lah!

Ada tak tweet berbayar nak aku bagi kat orang yang takde keje camni?

Bye

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila