04 October, 2014

minyak naik 20sen?


Aku terkejut beruk gak bila dapat tau minyak naik sebanyak 20sen ni. Frust tu memang frust tapi apa boleh buat. Terpaksa la redhoo.

Tadi aku dari Gombak nak balik Shah Alam. Nak masuk NKVE tapi terlepas simpang maka daku pun menuju ke Ipoh T____T call husband kata masuk je exit mane mane pastu u-turn. Yay aku masuk Sungai Buluh T____T Sumpah aku memang tak tau jalan area Sungai Buluh nun. FAILED gileeeeeeeeee.

Tanye akak tol cam tak membantu je. So aku pakai la waze. Ok la 21 minutes nak sampai Shah Alam, dia bantai suh aku lalu depan uma orang siap wei, elok la tu memang aku percaya bulat bulat la waze ni sebab ada jugak jasa dia kengkadang. Tapi tetiba dia cam read balik pastu suh aku u-turn. Bila aku u-turn dia re-read balik, suh aku u-turn lagi. Udah nye patplohpat kali laa aku u-turn (tipu je) dah la situ takde nama jalan. Setakat seksyen pemende ko ni aku nak masuk highway la!!!

Aku sampai nanges kot sambil drive sebab penat dah la tak tau jalan. Guna google maps pun sama gak perangainye. Laki aku dah pegi smayang jumaat dah time tu. Menyirapnya la tak tau jalan kan. Aku tanya akak aku jalan siap gado bagai hahahahahahha punya la stresssssss sampai la aku terussss jumpa Ara Damansara. Mak aih sampai kesitu wei. T_____T

Nanges sesat penat satu hal. Nanges tengok meter minyak satu hal. Dah tinggal half dah wuuu subsidi minyak dah merundum maka harga minyak pun naik maka mereputlah kau Eny. SILA.

Ade jugak pesen sokong minyak naik ni aku tak paham betul. Kalau setakat budak sekolah mak pak anta gi skolah spenda pun mak pak belikan nak bising bising pasal minyak contohnya apahal-kau-kecoh-minyak-naik-kamon-lah-dua-puluh-sen-je-kot ok pesen ni dah boleh pegi mereput.

Ade jugak budak sekolah dan dan jadi pakar ekonomi siap re-write balik buku teks ekonomi asas hapemendeeeee depa kata iphone boleh beli minyak naik doplohsen pun bising ke. Boboi kata pakar ekonomi udahnya pasaipa keperluan ngan kehendak pun takleh beza? Fail ekonomi asas ke camne? HAPEKEMENDE

Nanti ang dah besaq da ada komitmen sendiri setiap kali nak bayar segala keperluan, ko bukak buku teks ekonomi asas kewww? Tak pun bak kata Chika buku ekonomi asas tu jadi bahan bacaan sementara menunggu minyak diisi. KAHKAH Takpun beli nasik lemak mahei peh tu marah acik jual nasik lemak tu hei makcik tak pernah belajar ekonomi asas ke apa mahal sangat ni potpetpotpet

Kau ingat kalau seminggu minyak ko isi RM65 so minyak naik 20 sen jadi RM65.20 ke? PUIK!

No comments:

Post a Comment

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu