01 October, 2014

The Sims Freeplay for iOS #1

Meluat betul bila aku dah ter-attached ngan 1 game yang aku asyik teringat ingat je. Yeah. THE SIMS FREEPLAY. Hari tu aku dah uninstalled. Pastu aku rasa cam nak install balik ku pikir henpon aku tak mampu nak tampung permainan berat sebegini rupanya boleh tapi henpon aku kena sentiasa cucuk powerbank la kalau tak terpadam bodo camtu je T____T

Cam biasa la, kena start dari awal kan. Ade tutorial siap. Aku now tengah kumpul Lifestyle Point (LP) nak beli rumah best. Aku nak kumpul sampai 16LP so rumah dia besar sikit and boleh la aku jadi rumah utama sebab aku suka semua sims aku berkumpul kat satu tempat.

Nama tahape hape la hahahahaha

Naik level maka tambah lah satu LP! YAY!
Setakat ni Sims aku tak pernah lagi la jadi friend ke ape ke sume sibuk bercucuk tanam nak dapat Simoleons banyak banyak. KAHKAHKAH selfish gile aku wakakkaka.



Aku target nak beli Geek heaven since Dark Secret tu aku dah pernah beli dah dulu takde la best mana pun. Tapi yang aku curios, kalau nilai bandar dah bertambah, harga rumah maintain ke? T____T Kalau maintain baik aku kumpul je XP beli rumah paling pawer! HAHAHAHA

Anjing Sims aku yang bernama Mimi punya happiness dah merudum sebab semuanya bercucuk tanam je. Aku set 7 jam, aku tido, terkejut aku renew balik lagi 7 jam suh depa cucuk tanam bawang KAHKAH

Pagi tadi aku beria cite ngan husband aku yang aku bangun kul 4 pagi semata nak bukak the sims nak suh dia bercucuk tanam semula.

Pastu tetiba husband aku cite ;-

Abang : "Pagi tadi kan abang nak tido. Pastu tetiba abang terdengar ada satu suara ni,"

*aku dah pikir da suara aku duk dengkuq la kot hahaha

Aku ; "Haaaa,"

Abang : "So Sooooo~"

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAH SO SO tu bunyi notification The Sims kalau dah habis buat keje. HAHAHAHAHAHAH! Aku rasa itu lawak ang rasa tak lawak lantak pi ang la kahkah

Nah ni soundtrack untuk The Sims Freeplay

btw aku syak pasni mesti ade post pasal The Sims Freeplay lagi ni. OK kita anggap je ni post pertama k. Bye

2 comments:

  1. fine eny fine! aku dh install ni. aku salahkan kau!!!!!!!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah install la! nanti update! wei aku nak share la cara nak main yang best! HAHAHAH

      Delete

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu