20 July, 2015

Adam kembung

Sebenarnya dah lama aku nak update blig. Tapi tak dapat dapat. Aku cam dah kecewa ngan telefon ni. Berlambak post dah draft pasaipa tah dia takleh update. Salu pikir takpela sok la bukak laptop pehtu sampai ke sudah tak bukak bukak. Ni aku test power jela.



Tadi Adam terjaga. Bagi susu cam tak jalan. Tengok jam, last tuka pampers sejam lepas. Pasaipaaa nangis ni. Terpaksa dukung, pujuk. Nangis gak. Sapu la minyak yuyi. Skali aku usik perut dia, perghhh cam gendang. Huu Adam kembung siannye.

Adam jarang sangat kembung perut. Baby kalau kembung perut memang sakit la since aku pun kalau kena tak tahan. Minyak telon berkesan la kot. Tapi minyak yuyi pun ok.

Okay cara nak atasi kembung perut bayi cara aku ialah... Sapu minyak yuyi kat perut ngan belakang baby. Pastu menyiarapkan dia. Bagi dia lega sikit. Tepuk belakang sampai dia sendawa.

Alhamdulillah cara nak bagi Adam senyap is dukung je. Aku bawak Adam  turun jalan jalan satu rumah (kul 3 pagi okkk) sambil tepuk belakang dia. Elok da jalan jalan tu tetiba terasa cecair suam  ketepek kat tangan. Alhamdulillah dah muntah. Kentut siap kuat nauzubillah. Fuhh lega derita Adam dah berakhir. Tukar pampers siap. Sambung tido.

Aku malam tadi minum teh ais. Maybe sebab tu. Aku syak tu la puncanya. Hmmmm. Sedap kot teh ais. Yela aku tak minum dah. Sacrifice la eny dah nama pun ibu menyusu. Skang ni aku rasa cam nak detox. Boleh ke ibu nyusu detox?

T_____T

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila