10 August, 2015

[Doodle] : I'm a good housekeeper insyaAllah


Everyday? Idok ler everyday kengkadang je ler aku rasa cam useless gila. Anak baru sorang tapi keje umah ke laut. Lembab bebeno eny ni. Contohnya malam semalam, Yiying ngan Rara datang raya umah. Aku masak pizza pehtu dah setel setel sume aku cam penat gila ye la dari pagi busy buat itu buat ini pegi sana sini balik rumah klung kleng klung kleng kat dapur nak makan pun tak menyempat.



Maka terjadi lah situasi ini.



Perghhh sikit punya malas aku nak kemas. Pinggan aku sume stok berat berat plak tu nak lawo punya pasei lawonye idok ler jugak. Badan dah letih Adam dah uk ek uk ek nak tido aku sume mende tak setel lagi. Baju tak basuh ape tak basuh menjejeh je air liur aku tengok roti dalam plastik tapi tak nyempat nak sambar kene setelkan Adam tido dulu.

Last last dengan aku aku bantai tido.



Pastu pagi sok turun dapur MENYESAL. Sinki penuh. Meja penuh buat pizza secara laju tak sempat nak basuh sambil masak. Baju tak basuh. Baju laki tak gosok. Rasa cam loser giler.

Bilik acah acah wardrobe tu tah bila nak kemas tah. Yang tu memang aku tak sanggup nak amek gambar serabut beno macam stor. Pelan pelan aku kemas tadi. Tu pun cam tak kemas. Lantak la. Esok sambung.

TENGOKKKK suka sangat la tangguh tangguh teruk la Eny.

Aku semenjak jadi surirumah sepenuh masa ni terasa kurang kecekapannye yela mende ni sume skill kan takleh la nak expect lebih. Mende boleh di asah eceh tapi tu la aku kena cepat la. Bangun pagi tengok pinggan tak basuh perghh memang tak menarik langsung view cenggitu. Rasa cam tak produktif.

Kalau aku dah setel memalam, sok pagi mesti rasa segar. Kalau aku gosok baju siap seminggu, mesti aku bangun pagi tinggal nak masakkan makanan Adam ngan sarapan abang je. KENAPA LAHHHHHH HAIHHHH

Pastu bila berlonggok camtu jadi malas. Bila malas tangguh. Bila tangguh sampai ke petang. 1 jam sebelum abang balik memang gelabah beruk aku mencicit kemas. T____T



AKU JE KE CAMNI? ORANG LAIN CAMNE?



Aku kena berubah la. Aku kena kemas habis habisan bilik atas tu so bila nak menggosok mood pun bergolek golek bagai durian jatuh timpa kepala hnssfff sekarang ni aku cam gosok pepagi secara terpaksa sebab aku rasa cam semak gila.

Tapi betul la kesimpulannya kebersihan dan kekemasan rumah memang sangat berkaitan dengan mood kita. Kalau umah selesa, kita pun rasa cam rajin je nak wat tu ini. Masalahnya nak start tu hmm.

Aku kena semangat!!!



Sebelum tido make sure dapur clean. WAJIB! So esoknya tak down. Pepagi kalau tengok sink full of dishes memang down dan malas gila nak buat. Plan nak hadap laptop buat keje, nak kemas bilik terus tergendala. PLEASE ENY!

InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila