28 May, 2016

AYAM GORENG


ok ni cerita sedih kenapa setiap kali aku goreng ayam mesti jadi terlebih masak (hangus?) atau tak bape nak masak. Paling turn off bila isi dia basah basah lagi dan ada darah perghh nak termuntah siot.

Apa ciri ciri yang ayam tu dah masak aku rasa aku dah ikut da segala pantang larang beliau iaitu masak menggunakan api kecik serta masak lama sikit (selepas itu ia menjadi hangus) maka dengan itu aku tuka trick dia dengan membuat anggapan bahawasanya ianya masak bila sudah kekuningan.

Tapi ternyata palsu bila ayam tu bila luar dia macam kepsi tapi dalam berayaq! Berlendiaq! Nasib baik suami tak mengamuk?

Apa lah dosa aku ngan ayam goreng. Apa tips sebenar? Apa salah aku? Oh Tuhan ku mau yang terbaik terbaik buatku insan kerdil ini

sekian

2 comments:

  1. hahaha sama lah. selalu jadi ayam tak masak betul-2 bila goreng. jadi berdarah and lembik-2 gitu. last-2, aku potong je kecik-2 ayam tu. tak pun, aku hiris-2 isi dia dgn harapan dapat buat ayam tu masak sekata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skang aku dah jumpa da konklusi dia rupanya kena api kecik, masak lama sikit pastu minyak banyak pastu kene tutup kuali! aku rasa point terkuat ialah tutup kuali! grrrrrr

      Delete

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu