29 June, 2016

AKIBAT GELAKKAN KUIH RAYA ORANG

Tadi aku buat egg tart. Ikut la resepi video kat fb. Macam sonang ja.

Kak ogy kabo nak datang kul 12.30 amek aku. Time tu da pukul 11.30. Tapi aku tetap nak buat jugak eggtart. Aku pun duk ayak tepung, segala bagai.

Aku pun gaul punya gaul tepung ngan butter. Pastu letak eggyolk. Gaul gaul lagi pastu aku cam eh pehal la tak jadi doh macam dalam video T____T

Kurang tepung kot. Aku pun bukak balik video tengok dari awal.

The

Terus aku tercengang kejap. CAKE FLOUR?????? Woi aku guna tepung gandum la woiiii. Alahai. Kucar kacir cari baking powder. Tapi cam da terlambat je. Hmm gasak la aku tabur la jugak 1 sudu kecik. Pastu cam tak sekata ah gi meninggei la. Aku tambah lagi tepung. Uli uli uli. Simpan doh dalam peti ais.

Aku buat dia punya inti telur tu.


Aku rasa cm banyak sangat je tapi aku letak gak. Ape la ke bengapnye Eny.

Hasil dia?


Ni la akibat dia bila gelakkan kuih orang tak jadi kat fb. Ni lah dia! Sobs




21 June, 2016

Uber

Aku kat hotel area Ipoh. Tengah sembang ngan akak aku. Sambil bawak anak aku main permainan berupa hello kitty masuk je token hello kitty tersebut bergerak menyanyi menari nari. Anak aku gembira.

Tetibaa ku rasa cam nak balik rumah. Sebab aku nak bersiap pegi dewan sekolah hari ni ada event. Aku gi ngan mak aku. Aku ajak akak aku anta mati mati taknak anta sebab semua dah ngantok.

Tengah sesiap tu aku duk cari anak tudung tak jumpa jumpa. Baru teringat aku tertinggal anak tudung kat rumah Katak, sepupu aku. Aku call Katak. Dia kata dia tengah tido.

Aku pun buat keputusan taknak pakai anak tudung. Pantas laki aku dering. Hmm nak taknak kena cari juga.

10 minit lepas tu, tetiba ade orang hon. Rupanya Katak datang hanto anak tudung. Pehh lega.

Aku pun buka applikasi uber. Cari uber dari lokasi berhampiran nak pergi ke sekolah.

Ade, perempuan. Tapi sejam? Dan dia dari Simpang Pulai? Oh men jauh gila weiii. Aku pun cancel uber. Agak agak la jauh gitu kan wei. Aku pun mencari lagi.

Tunggu punya tunggu, uber yg sama jugak yang offer! Gila la sejam. Jauh gilaaa. Simpang Pulai? Biar betul?

Sekali tetiba laki aku kejut aku sebab aku hampir hempap Adam. Lantas mencari telepon, nak tengok dah kul bape.

3.48am.

Ah aku belum masak nasik. Laki aku nak makan nasik gak.

Hmm yelah. Ok gais. Jom sahur


14 June, 2016

BAZAAR MAHEI 2016

Hari ni malas masak pastu acah acah teringin nak gi bazaar pastu pujuk suami ajak pergi bazaar.

Ayam golek yang ku idamkan sekor RM20 (?) maka batalkan la hasrat nak cekik ayam golek. Setengah ekor rm12 apemende la. Patutnya sekor rm20 setengah rm10 la sape ajar ko matematik masa sekolah ni?

Rm15 perabih dpt kepak ayam 3 ketul, bubur nasi, roti john, dadih dan air teh bunga. Air teh bunga tu rasa dia cam ais kosong tp bila minum gigit2 rasa bunga.

Tu pun dapat kurang singgit dua sebab laki aku tawar menawar nak dekat buka. Kalau tak bubur RM5, Roti John RM5, Kepak Ayam 3 ketul RM4.50, Air teh bunga perisa ais kosong RM2, dadih je RM1 satu tu pun tahap hape la rasa dia.

Tobat g bazaar!

07 June, 2016

RESIPI DAN REVIEW AIR NABEEZ SERTA KISAH KURMA YANG MENYAYAT HATI K GAIS

JANGAN DAHULUKAN BUKA PUASA DENGAN KURMAMemulakan makan kurma semasa berbuka adalah tidak sihat
Baru dgr ceramah agama...masa buka puasa kita mkn kurma dulu sblm ni kan.?.ustaz ckp td kurma x boleh..yg boleh rutab atau tamar
Ustaz ckp..buka puasa tu kita buka mkn la rutab atau tamar dulu ngn air suam....pas tu kita solat dulu kan..
jgn makan kurma..sbb kurma ni mcm2 kurma  ada ...ada kurma ayam..kurma daging....kurma kambing

LAWAK JANGAN MAKAN KURMA NI PATPLOH PAT KALI AKU BACA PATPLOH PAT KALI AKU TERKENA LA HAI

Bila baca mesti baca eh sesat mane ustad ni pehtu bila baca sampai abes baru ku sedar aku terkena lagi buat kali ke berapa tah. Pelupa teruk.

Ha cite pasal kurma ni,. Aku nak kabo. Hari ni aku cargasssss ya. Aku basuh baju, ( guna mesin kalau tak tekan butang mesin pun tak larat gais) sidai baju, er lipat baju belum err

Ha aku cargas la cita dia. Kemas tu ini siap plan nak buat kuih buah melaka lagi tapi malangnya takdak daun pandan mak aku kata guna pewarna je takpe masalahnya takkan la buah melaka warna pink? Ape ni? Dapur aku ade pewarna pink je hnssfff

Ok sambung. Kenapa aku bertenaga? HAAA kalau tak melepet je kan. Susu pun berdesup.

NI LA RAHSIA DIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

AIR NABEEZ!
3 biji kurma di buang bijinya ; carik carik kan ;  letak dalam gelas
Tuang air sampai penuh segelas air. Air biasa je takyah suam takyah panas takyah sejuk k gais
SIAP! SIMPAN SOK NAK MINUM SAHUR
Malam pas terawikh tu buat la siap nak minum sahur sok. Gerenti cargasss cam aku. Aku dapat resipi ni dari facebook.

NAK TAHU APA KISAH KURMA YANG MENYAYAT HATI?


MAHAI BAQHANG. Aku tatau lak kurma se mahai ni. Laki aku bawak balik semalam terkejut beghok aku weiii aku ingat belas belasan je. Laki aku kabo sape suruh aku mintak kurma ajwa aaa aku mana tahu kurma ajwa rege sebegini. Aku ingat belas belas je #shingshingairmatabercucuran

Makanya tak jadilah aku nak mintak laki aku belikan sambal hitam T_____T Tak gamak wei aku hahahahahahahhahaha isteri mithali dak KAHKAH

OOO SAMBAL HITAM MAHAI TAKPAAA KURMA MAHAI BISING aaaaa aku ni bukan peminat kurma sebab masa kecik kecik abang aku kabo kurma tu lipas tapi ni pasai menyusu ni nabeez punya pasal aku telan jugak la

OK TU JE. BYE


06 June, 2016

PUASA HARI PERTAMA YANG GAGAL

Puasa hari pertama yang gagal bagi aku. Eh aku posa penuh arini takdak halfday k.

Bukak posa buat ayaq skali sedap bancuh pastu bukak peti ais nak amek ais sekali ngkoooo ais takdak!
RASA CAM NAK GI MEREPUT TIME TU JUGAK dah la aku bagi harapan kat laki aku sirap ais peh kalau dapat hirupan time tu memang mantap tapi apakandaya sirap ais jadi sirap suam blerghhhh benci aaahhh

Nak simpan buat sahur kejadah apa sahur minum air sirap takkan nak simpan untuk tengahari kot HAHAHA OK ACAH JE

Okay kali ni ayam goreng aku menjadi. Aku dah tahu dah cara goreng ayam sebenar. AKHIRNYA!!!

1. Ayam kena betul betul cair.
2. Minyak kena banyak sampai ayam tu tenggelam.
3. Api kena kecik.
4. Sebelum ang taruk ayam kat dalam kuali, ang kena pastikan minyak betul betul panas. Jangan bengap pi celup tangan plak. Mak aku dulu ajar kalau nak tengok minyak tu kalau berubuih buih lagi maksud dia belum panas. Kalau hilang habis dah buih dia maksud dia panas bebeno dah tu
5. Okay kalau dah panas, masukkan ayam dalam kuali.
6. TUTUP KUALI guna la penutup kuali ikut suka ngkolah nak guna dulang ke guna tudung periuk ke asalkan kuali tu tertutup supaya haba yang terperangkap tu menyelinap masuk kedalam ayam hingga ke tulang hnssfff hnssfff

CAMNE NAK TAHU AYAM TU DAH MASAK?

HAHAHAH AKU PUN TAK TAHU. AKU PAKAI TEKA JE.

Dulu mak aku ajar kalau nak tahu ayam ke ikan ke kalau dah boleh angkat, make sure kuali da tak bising berdesir bagai. So kalau cam da tak bape nak bising tu boleh ler ko terbalik kan ayam tu jangan ngan kuali kuali skali ko terbalikkan sudah ok fine tak lawak

Ha takat ni clue aku pakai kalau nak tahu ayam dah masak ke dah boleh terbalikkan ke aku dengar bunyi dia. Warna kuning keemasan tu sume tak leh percaya. DONGENG!

Okay habis dah tips menggoreng ayam dari insan yang sering gagal menggoreng ayam. KAMON LA NI SUME CAKAP DARI SEGI PENGALAMAN DALAM BUKU TAKDA TIPS TIPS NI KAMON LA

Ok. Ape lagi yang gagal hari ni?

1. Gagal taknak minum air sejuk. Tu aku bedal dulu T____T TAPI BUKAN AIS. So cam boleh dimaafkan. KOT

2. Gagal taknak makan mende manis. Aku tak tahan tengok cekelet cip alyn. Sakit jiwa aku tengok dia duk diam dalam tapawe tu. Heiiiiii gerammm dua ketui jela aku makan tapi

TU JE KOT.

Harap takda kegagalan di masa hadapan. AMIIN BYE



03 June, 2016

[REVIEW] : STERIMAR UNTUK BABY

Memandangkan laki aku baru je lepas bayaq domain.. Makanya aku terpaksa la update blog miahahahahah jaga hati weii 

Cite dia skang ni kenapa Adam dah setahun lima bulan baru aku tahu kewujudan mende ni alaaa aku nak amek gambo mendenye tapi penuh dah tepon ni. Google kejap.

Haaaa ni la dia menatang yang kita bincangkan hahaahaaaaaaaa to diaaaaa

Adam selsema. Aku da kusut ngan nasal aspirator yang tahpape. Manjang masuk dalam mulut je mucus si Adam ni.

Alang alang da masuk dalam mulut tu aku sedut jela guna mulut! Ha selesai!

Sekali aku plak sakit tekak. Lama lama jadi batuk. Cite dia da batuk pastu Adam jangkit. Pastu berkahak. Pastu aku mereput.

Alahaiiii mende yang paling payah sepanjang aku jadi mak ni, bila anak batuk selesema. Alahaiiii menduga betui. Berjaga malam tu dah pasti. Sakit hati dengar napas krohhh krohhh tu yang takleh diterima akal. Rasa cam nak sedut je guna vacuum hadiah cabutan bertuah ritu.

Bila tah nak beli penyedut baru. Korang jangan bila nasal aspirator jenis ni k jap aku google gambo.
Sumpah tak best. Siyes laaaa! Yang ni pun jangan!

Aku rasa ni lagi sampah kot. T____T

Okay sebenarnye yang elok kena beli yang filter so elak mucus dari masuk dalam mulut. Bila mucus masuk dalam mulut tu start la ko tak sihat kang camne nak jaga anak?????

Aku nak beli ni Nasal Aspirator brand Piyo Piyo. Menarik! Harga idok ler mahai mane just nice la. Tapi tahap keberkesanan dia aku tak sure. Ke korang ade yang lagi best???????

Okay sambung topik asal.
Masa memula aku pakai kan kat Adam sterimar ni. Aku laki bini blur ayam cane la nak pakai kan je. Aku spray. Kiri kanan. Pastu bio kan meleleh. Lap lap je.

Pastu aku rasa cam ehhh apesal orang lain kata sterimar ni menarik kenapa aku rasa cam ehh sampahnya haaaaa

Aku call la Iput tanya dia sebab dia pun pernah pakai mende ni.

Hmmm rupanya cara aku guna sterimar tu salah. Cara guna sterimar yang betul ialah..

1. Dudukkan anak anda.
2. Kalau dia tak meronta, spray je, kira sampai 3. Pastu stop.
3. Pastu buat lagi sebelah. Kira sampai tiga pastu stop.
4. Pastu lap hidung dia
5. Terus sedut hidung!

Kompem keluar segala lendir kahak jijau ke kuning ke semua! Memang puas hati la rasa dia macam kepuasan ko tengok video orang picit jerawat haaaa kan syok kan

Anak ko kompem meronta ronta yela kena sedut. Tapi pastu anak ko lega. Takde da lelehan hingus, takde da meragam tido. Yayyy!

Sehari boleh buat 3-4 kali kot. Esok aku nak buat lagi!

Pagi esok nak wapkan adam sambil mandi lemon. Pastu nak buat percussion.
Pastu nak sterimarkan hidung dia pastu seduttt! Yayyyyy!

Ok dah habis bye