06 June, 2016

PUASA HARI PERTAMA YANG GAGAL

Puasa hari pertama yang gagal bagi aku. Eh aku posa penuh arini takdak halfday k.

Bukak posa buat ayaq skali sedap bancuh pastu bukak peti ais nak amek ais sekali ngkoooo ais takdak!
RASA CAM NAK GI MEREPUT TIME TU JUGAK dah la aku bagi harapan kat laki aku sirap ais peh kalau dapat hirupan time tu memang mantap tapi apakandaya sirap ais jadi sirap suam blerghhhh benci aaahhh

Nak simpan buat sahur kejadah apa sahur minum air sirap takkan nak simpan untuk tengahari kot HAHAHA OK ACAH JE

Okay kali ni ayam goreng aku menjadi. Aku dah tahu dah cara goreng ayam sebenar. AKHIRNYA!!!

1. Ayam kena betul betul cair.
2. Minyak kena banyak sampai ayam tu tenggelam.
3. Api kena kecik.
4. Sebelum ang taruk ayam kat dalam kuali, ang kena pastikan minyak betul betul panas. Jangan bengap pi celup tangan plak. Mak aku dulu ajar kalau nak tengok minyak tu kalau berubuih buih lagi maksud dia belum panas. Kalau hilang habis dah buih dia maksud dia panas bebeno dah tu
5. Okay kalau dah panas, masukkan ayam dalam kuali.
6. TUTUP KUALI guna la penutup kuali ikut suka ngkolah nak guna dulang ke guna tudung periuk ke asalkan kuali tu tertutup supaya haba yang terperangkap tu menyelinap masuk kedalam ayam hingga ke tulang hnssfff hnssfff

CAMNE NAK TAHU AYAM TU DAH MASAK?

HAHAHAH AKU PUN TAK TAHU. AKU PAKAI TEKA JE.

Dulu mak aku ajar kalau nak tahu ayam ke ikan ke kalau dah boleh angkat, make sure kuali da tak bising berdesir bagai. So kalau cam da tak bape nak bising tu boleh ler ko terbalik kan ayam tu jangan ngan kuali kuali skali ko terbalikkan sudah ok fine tak lawak

Ha takat ni clue aku pakai kalau nak tahu ayam dah masak ke dah boleh terbalikkan ke aku dengar bunyi dia. Warna kuning keemasan tu sume tak leh percaya. DONGENG!

Okay habis dah tips menggoreng ayam dari insan yang sering gagal menggoreng ayam. KAMON LA NI SUME CAKAP DARI SEGI PENGALAMAN DALAM BUKU TAKDA TIPS TIPS NI KAMON LA

Ok. Ape lagi yang gagal hari ni?

1. Gagal taknak minum air sejuk. Tu aku bedal dulu T____T TAPI BUKAN AIS. So cam boleh dimaafkan. KOT

2. Gagal taknak makan mende manis. Aku tak tahan tengok cekelet cip alyn. Sakit jiwa aku tengok dia duk diam dalam tapawe tu. Heiiiiii gerammm dua ketui jela aku makan tapi

TU JE KOT.

Harap takda kegagalan di masa hadapan. AMIIN BYE



No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila