03 June, 2016

[REVIEW] : STERIMAR UNTUK BABY

Memandangkan laki aku baru je lepas bayaq domain.. Makanya aku terpaksa la update blog miahahahahah jaga hati weii 

Cite dia skang ni kenapa Adam dah setahun lima bulan baru aku tahu kewujudan mende ni alaaa aku nak amek gambo mendenye tapi penuh dah tepon ni. Google kejap.

Haaaa ni la dia menatang yang kita bincangkan hahaahaaaaaaaa to diaaaaa

Adam selsema. Aku da kusut ngan nasal aspirator yang tahpape. Manjang masuk dalam mulut je mucus si Adam ni.

Alang alang da masuk dalam mulut tu aku sedut jela guna mulut! Ha selesai!

Sekali aku plak sakit tekak. Lama lama jadi batuk. Cite dia da batuk pastu Adam jangkit. Pastu berkahak. Pastu aku mereput.

Alahaiiii mende yang paling payah sepanjang aku jadi mak ni, bila anak batuk selesema. Alahaiiii menduga betui. Berjaga malam tu dah pasti. Sakit hati dengar napas krohhh krohhh tu yang takleh diterima akal. Rasa cam nak sedut je guna vacuum hadiah cabutan bertuah ritu.

Bila tah nak beli penyedut baru. Korang jangan bila nasal aspirator jenis ni k jap aku google gambo.
Sumpah tak best. Siyes laaaa! Yang ni pun jangan!

Aku rasa ni lagi sampah kot. T____T

Okay sebenarnye yang elok kena beli yang filter so elak mucus dari masuk dalam mulut. Bila mucus masuk dalam mulut tu start la ko tak sihat kang camne nak jaga anak?????

Aku nak beli ni Nasal Aspirator brand Piyo Piyo. Menarik! Harga idok ler mahai mane just nice la. Tapi tahap keberkesanan dia aku tak sure. Ke korang ade yang lagi best???????

Okay sambung topik asal.
Masa memula aku pakai kan kat Adam sterimar ni. Aku laki bini blur ayam cane la nak pakai kan je. Aku spray. Kiri kanan. Pastu bio kan meleleh. Lap lap je.

Pastu aku rasa cam ehhh apesal orang lain kata sterimar ni menarik kenapa aku rasa cam ehh sampahnya haaaaa

Aku call la Iput tanya dia sebab dia pun pernah pakai mende ni.

Hmmm rupanya cara aku guna sterimar tu salah. Cara guna sterimar yang betul ialah..

1. Dudukkan anak anda.
2. Kalau dia tak meronta, spray je, kira sampai 3. Pastu stop.
3. Pastu buat lagi sebelah. Kira sampai tiga pastu stop.
4. Pastu lap hidung dia
5. Terus sedut hidung!

Kompem keluar segala lendir kahak jijau ke kuning ke semua! Memang puas hati la rasa dia macam kepuasan ko tengok video orang picit jerawat haaaa kan syok kan

Anak ko kompem meronta ronta yela kena sedut. Tapi pastu anak ko lega. Takde da lelehan hingus, takde da meragam tido. Yayyy!

Sehari boleh buat 3-4 kali kot. Esok aku nak buat lagi!

Pagi esok nak wapkan adam sambil mandi lemon. Pastu nak buat percussion.
Pastu nak sterimarkan hidung dia pastu seduttt! Yayyyyy!

Ok dah habis bye




No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila