21 June, 2016

Uber

Aku kat hotel area Ipoh. Tengah sembang ngan akak aku. Sambil bawak anak aku main permainan berupa hello kitty masuk je token hello kitty tersebut bergerak menyanyi menari nari. Anak aku gembira.

Tetibaa ku rasa cam nak balik rumah. Sebab aku nak bersiap pegi dewan sekolah hari ni ada event. Aku gi ngan mak aku. Aku ajak akak aku anta mati mati taknak anta sebab semua dah ngantok.

Tengah sesiap tu aku duk cari anak tudung tak jumpa jumpa. Baru teringat aku tertinggal anak tudung kat rumah Katak, sepupu aku. Aku call Katak. Dia kata dia tengah tido.

Aku pun buat keputusan taknak pakai anak tudung. Pantas laki aku dering. Hmm nak taknak kena cari juga.

10 minit lepas tu, tetiba ade orang hon. Rupanya Katak datang hanto anak tudung. Pehh lega.

Aku pun buka applikasi uber. Cari uber dari lokasi berhampiran nak pergi ke sekolah.

Ade, perempuan. Tapi sejam? Dan dia dari Simpang Pulai? Oh men jauh gila weiii. Aku pun cancel uber. Agak agak la jauh gitu kan wei. Aku pun mencari lagi.

Tunggu punya tunggu, uber yg sama jugak yang offer! Gila la sejam. Jauh gilaaa. Simpang Pulai? Biar betul?

Sekali tetiba laki aku kejut aku sebab aku hampir hempap Adam. Lantas mencari telepon, nak tengok dah kul bape.

3.48am.

Ah aku belum masak nasik. Laki aku nak makan nasik gak.

Hmm yelah. Ok gais. Jom sahur


No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila