30 August, 2016

PUNCA

Aku benci bilamana aku nak update blog, aku rasa cam tak perlu. Padahal suka hati aku la nak update ape kan. Punca camni la blog aku terabai. Bukan ade orang baca blog aku pun. Yang nak pikir dua tiga kali nak update tu dah kenapa

Semalam throwback gambo sebelum kahwin. Pelik nye la hai kenapa berat aku dulu 55kg, tapi gemuk gila ya ampun. Sekarang berat aku 54 - 58 tapi still boleh dimaafkan. Kenapaaa? Adakah disebabkan hormon?



Yang aku tahu laki aku dulu kurus gila. Sekarang comel MIAHAHAHAHHAHAHA I LOIKE!

K dah habis bebel. Eh skati aku la kan nak tulis pendek ke panjang ke kan? Kenapa aku nak kene kisah? Bukan ada orang baca pun? Zzz

09 August, 2016

#ReviewCincai : 1 : Beautiful Mind

Serius la kul 4 pagi aku belum tido. Gilaaaa

Siang layan family, malam je ada me-time. Pastu sok pagi mata rabak. Takpe, aku sanggup. Miahahahhaha

Baru habis tengok Episode 10 cerita Beautiful Mind. Memula tengok cite ni rasa cam heroin tak cun la. Cerita serius sangat. Bila da tengok lelama, baru rasa best.

Kesian jugak bila takda perasaan. Sedih idak, marah idak, kesian idak. Syukur la aku masih mampu meroyan bila terpecahkan telur tembelang dalam megi yang dah gelegak. Syukur

Kot laki aku sayang aku tapi aku takdo perasaan ha tak ke haru tu. Ishhh syukurrr!

Aku suka la hero ngan heroin cite ni. Cinta berputik tu wat aku berangan sekejap padahal laki tersayang ada disebelah kahkah. Okay takde la sebelah sangat punn Adam tido tengah tengah zzz

Bukan berangan sebab apa, sebab cite ni best sangat aku rasa terkesan gak la.  Miahahahaha cukup eny. Sila tido. Sekian

05 August, 2016

BERAT BADAN MENCANAK TAKNAK KALAH


Ni Jumlah air yang diperlukan badan mengikut berat. Berat aku sekarang 58kg. Gila kan 58kg. Padahal sebelum kahwin berat aku 50. Paling berat aku pernah hadap, 55kg. Pas beranak MasyaAllah dia punya mencanak cam tak cukup napas tak nyabo nyabo nak jadi 60kg ke ohhh i kenot brain dis

Mende paling payah didunia is nak minum air sebanyak 2.3 liter. Sebenarnye boleh je cuma aku malas nak masak air bla bla bla. Abang bila nak pasang cowayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy ok ni bukan la tujuan utama post ni dipublish ni selingan je miahahah

Okay cite sekarang ni, aku dah setahun 7 bulan menyusukan Adam. Adam 2 tahun setengah baru nak wean off. So cite dia sekarang aku tak saba dah nak abes nyusu sebab aku nak diet kaw kaw cam sebelum kahwin dulu.

Diet aku ni, berat tak turun banyak tapi dari segi fizikal memang orang ramai tegur aku kurus. Hmm baju tunang aku memang aku takleh pakai dah.

SARAPAN - SEKEPING roti fibre Gardenia, 1/2 tomato, slice kan. Ha roti makan ngan tomato.

LUNCH - Nasik wajib ada. Tapi SATU SENDUK je. Ikan keli/Lauk ayam bahagian dada. Daging tak amek. Sayur banyak.

DINER (before 7pm) - Makan roti sekeping, karipap ke. Yang penting 1 je.

Air, sehari 2 litre.

TAK AMBIL GULA LANGSUNG. AIR GULA, GULA GULA, KEK, BISKUT, SUME TAK AMBIL. Aku anggap gula da ada kat nasik.

Air sejuk tak minum langsung. Apa tah lagi ais.

TU JE GAIS. Pastu aku minum teh detox de bella litchin. Berak berak pagi pagi gadoh kat traffic light Sunway. Padahal jauh lagi nak sampai lab kat Cheras. KAKAKAKA

Sekarang nak diet? Takyah la. Aku baru lepas makan cekelet. hahaha