Ada aritu kat sekolah Adam ada hari kanak kanak. Pastu ada macam macam aktiviti la cam petting zoo la, movie la bagai. Adam memang aku da ready la duit untuk dia. RM22 rasanya aku bagi.
Rasanya cite ni 2 minggu lepas. Tapi baru minggu ni Adam cerita yang masa petting zoo tu, kawan dia takde duit nak masuk. Kawan dia nak pinjam duit. So dia pun bagi kawan dia pinjam. Pastu janji nak bayar.
Pastu dia kata dalam masa seminggu ni dia nak dapat balik RM5 tu punya la susah. Ada je alasan. Hari tu kata tak cukup duit. Pastu ni cakap ada RM10 tapi nak buat belanja. Haha Adam frust sebab dia nak masuk dalam tabung dia.
Pastu Adam cakap kat dia, okay kalau taknak bayar, ganti ngan lato lato. Aku pun cam eh cane dia ni leh tau lato lato hahaha pastu kawan dia bagi alasan lato lato tu bahaya, leh mati. So Adam cam ok.
Now dia plan kalau kawan dia bagi alasan lagi nak bayar, ada sikit duit je, dia ambik je duit tu. Nanti esok ambik lagi.
Aku sebenarnya nak je cakap ala sedekah jela kat kawan Adam tu takpe. Tapi karang kendian dia bagi merata pulak duit dia, nak jugak aku ajar dia jadi firm. Jaga diri sendiri.
Kesian budak darjah 2 pun pening nak kutip hutang.
Sebab tu la aku ni tak mudah kasi orang pinjam duit. Sebab aku tau last last aku yang jadi pengemis mintak duit sendiri.
Baik la aku hilang kawan sebab aku tak kasi pinjam, dari aku hilang kawan sebab dia hutang aku tak bayor.
Tui dak?
No comments:
Post a Comment
hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu