Petang semalam Adam start demam. Patutnya pagi ni Adam ada hari anugerah apa tah dapat hadiah. Tapi sian dia tak dapat pergi.
Since Sara baru je baik and aku taknak Adam warded, aku suruh dia minum sebotol besau hari ni. Now dah half botol. Harap dia leh habiskan. Tadi aku masak bubur campur brokoli. Pastu goreng udang. Sebelum goreng udang tu aku tumis barang putih ketuk. Harap sangat sangat Adam cepat sihat, and bukan demam bukan bukan.
Syukur esok memang cuti.
Sekolah Adam khamis ni buat jamuan. Aku tak tau la kenapa aku susah payah bagitau nak buat muffin. Kenapa eh aku tak cakap aku bawak kek je. Beli je kek kat tepi jalan tu ha setel. Haih cari penyakit betul.
Harap Adam sihat khamis ni leh gi sekolah. Tahun lepas tak dapat gi jamuan sebab covid.
Sara pulak jumaat ni jamuan. Ahhhh ok Sara aku nak bawak kek. Tak kira! Mama malas haha.
By the way tadi aku buat roti setelah berkira kira nak beli roti Semata mata kat foodpanda, takleh kena beli mende lain gak. So dari kita membazir baiklah kita usaha buat.
Jadi siot lembuitttt haaaa!
Nak resepi roti putih gebu baqhang? Resepi ni aku ambik dari cookidoo, tapi aku malas nak on oven. So aku masak guna breadmaker.
Ni ha Resepi Roti Putih Gebu Baqhang
11oz water (aku guna susu full cream)
2 1/4 tsp active dry yeast
1 1/2 sugar
19 1/2 flour (aku guna tepung roti)
1oz unsalted butter (aku guna salted butter sebab tu je yang ada)
1 tsp salt
2 tsp apple cider vinegar (aku guna vinegar biasa je sebab apple cider vinegar aku dah expired zz)
Cara caranya :
Ni aku guna thermomix dulu
1. Masukkan water, yeast, sugar. 1min/100F/speed 2
2. Masukkan tepung, butter, salt, vinegar. Mix 5 secs/speed 5
3. Scape down, pastu knead dough 3mins.
4. Perap doh dalam bekas lain, 45 minit. Ni aku masukkan je dog dalam bread maker
5. Pastu setel 45 minit, aku keluarkan doh, tumbuk tumbuk. Pastu bentukkan jadi rectangle. Pastu aku roll jadi cylinder, buh balik dalam breadmaker. Perap lagi 30-45 minit.
6. Aku tekan mode 12 Bake (breadmaker tesco). Colour medium. Pastu masak.
Kalau tm6 tu dia suruh masak 45 mins je. Tapi aku malas. Aku nak campak je dalam breadmaker dah siap. Aku malas on oven. And aku malas pakai beras roti aku.
Aku pernah guna bekas roti aku pastu doh roti tu kembang melimpah keluar ha dari bekas. Malas.
Breadmaker penyelamat. Kalau korang nak bancuh guna breadmaker, cam biasa, kembangkan yis dulu guna cecair, gula, ngan yeast for 10 mins. Basuh la letak butter, vinegar, tepung and last sekali garam.
Ni link cookidoo https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r720679
Padan muka aku tak menabung untuk thermomix, aku nye cookidoo dah nak expired. Sobs
No comments:
Post a Comment
hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu