22 August, 2014

Breastfeeding Class

22.8.2014 - 9.45PM

Tadi aku gi breast feed class kat klinik kerajaan. Dah la aku lupa arini ari jumaat rehat sampai 2.45pm. Penat je aku rushing dari Cheras siap tengok jam bla bla bla singgah seksyen 7 bli buku nota sebab aku lupa bawak =_=


Sampai sampai tengok klinik lengang gila aku cam eh apesal kosong ni baru nak wasep husband nak bagitau yang klinik kosong maka untuk kali ke seterusnya kita hendaklah datang di waktu begini yay so dengan pantas aku pun bagi la buku merah tu kat nurse yang berkenaan. Nurse tu tanye "BF class eh?" Aku pun angguk.

"BF class pukul 2.45 la puan hari ni hari jumaat,"

I was like blergghh pfft okay lah takpela macam tu kak saya balik dulu lah ye zzz arghh aku suka buat keje yang sia sia camni. 

Jadi selepas tu aku pun pulang la ke rumah. Lepak lepak sebab adik beradik aku almost every friday akan balik umah mak sebab deme semayang jumaat kat area uma mak aku. Sembang punya sembang sampai aku leh lupa yang aku ade kelas. 2.45pm aku baru nak gerak gi klinik. Gasaklah.

Btw Kak Ogy cakap aku dah gemuk pungkoq da besaq miahahahahaha lantak ler berat aku ni baru nak naik bagaikan johan kalau tak asek turun je. Paling teruk berat aku turun sampai 49kg ko bayangkan masa aku bujang dulu diet macam nak mati pun belum tentu dapat berat 49kg. Selalu maintain 51kg. Skang berat aku dah 53.9kg ceit bundarkan jela terus kan kan kan pesen takleh terima hakikat memang camni kahkah tapi tula better la aku naik berat dari berat aku turun tak normal ye dak. Redhooooo jelaaa


Sampai kelas ok la kelas pun belum start baru nak edarkan risalah bla bla bla and then diorg pun start la cte pasal breastfeed la kepentingan breast feed la bla bla bla

Diorang cite camne cara nak atasi kalau baby lahir first day nak bagi minum susu tapi tak keluar susu? Apa yang perlu kita lakukan ya kawan kawan?

Aku banyak dengar cite kawan aku cakap masa first day baby duk nangis mak ngan pak pun stress apa nak buat ni susu tak keluar tapi baby nangis nak minum homaigod apa patut aku lakukan aaaaaa

Nurse tu cakap baby keluar dari perut tu nangis bukan sebab nak minum, baby nangis sebab terkejut. Dalam perut tu dia relax je tak payah bekerja pun. Bila keluar je dia kene bernafas, kene pakai baju, kena pakai lampin. So ibu ibu jangan susah hati cuma pujuk secara membiarkan anak anda hisap je susu tu even tak banyak takpe sebab hisapan baby tu la yang meransang susu tu untuk keluar dengan lagi banyak. Gittew.

Baby takleh bagi puting tipu sebarangan. So aku syak aku kena beli la botol susu cam anak Ely tu jenama apa tah yang rupanya cam puting ibu. Jap aku nak google.

Tommee Tippee


Mimijumi


Biarlah mahal sikit asalkan baby selesa ;')

Banyak lagi yang dipesannya aku pun nak list satu satu pun dah tak larat tengoklah camne esok larat tak aku nak menaip ni hah



No comments:

Post a Comment

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu