29 August, 2014

Double Facepalm #1

Kawan aku beli barang pre order, dia da bayar masa bulan 5. And tunggu punya tunggu sampai sekarang tak sampai sampai. Kawan aku tu tanye la dia, dia kata tak sampai lagi barangnye. So kalau nak refund boleh je tapi barang dah order. So kawan aku ni pun yakin la cakap takyah refund takpe its okay dia sanggup tunggu.

Sampai satu tahap dalam masa dua bulan jugak dia menunggu barang tu, still tak sampai-sampai. Ig shop tu kata kalau nak refund boleh je takde masalah. Then kawan aku ni pun bagi la details no akaun nama penuh semua kat dia.

Dalam masa tiga hari dia still tak refund refund. Bila tanya, ig shop tu jawab yang dia tengah kerja nanti dia bagi tau balik. Btw amaun yang kena refund tu RM150 je. But duit still duit la kan ko nak kate ape ye dak?
Kawan aku tanye lagi dia tak jawab jawab. Masalah dah la dia tak hide last seen. So bila dia baca, or bila dia bukak whatsapp, pastu tak reply buat orang bertambah bengang la sebab kau tak jawab soalan kan.

Lastly kawan aku mengamuk.


Kau pikir kau punya habit je? Kau pikir orang lain nak paham ko je? Adu aku takleh terima la alasan i ada habit suka reply kemudian, and selalu i memang buka whatsapp then tak reply. Suka hati ko je. Selalunya IG SHOP mesti mengamuk and suka cakap "eh baru RM100 dah kecoh aku ni berniaga dah jual beribu ribu takde pun nak kecoh kecoh ok la aku bank in sekarang" like boleh plak ko nak bank in cepat lepas orang dah sogok sogok baru kau tau rimas masa orang duk tunggu kau reply taknak plak kau pikir khennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn okay fine wahai Eny kenapa tetiba kau emosi ok eny calm down *fuhhh*

Aku rasa daripada minah ni (yeke minah ke mamat? aku pun tak sure) reply camni baik dia cakap, "ok saya akan bank in duit awak asap ok jangan lah awak marah marah sesungguhnya saya cuba untuk bank in jugak hari ni" aku rasa lagi better dari dia cuba untuk luahkan masalah habit melampau dia untuk cuba buat orang paham sedangkan orang taknak paham pun (aku pun berniaga so aku pun tau lah jugak)

btw mesin cash deposit kan ada oh why everybody whyyy???


2 comments:

  1. alasan mcm puaka siap nk bagi kita faham dia kosseh lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup nak bagi alasan boleh tapi biaq la logik sikit ye dak hahahahahahha !

      Delete

hang tak komen hang gila