06 August, 2014

Hapemende?

Sampai sekarang aku tak paham kenapa perlu berhimpun depan Mcdonalds? Boikot memang boikot tapi cam kesian la aku tengok pekerja dalam tu.

Kalau boikot tak makan Mcdonalds je tak cukup ke?


Setuju! Berhimpun tu satu. Ade lagi pesen bawak makanan luar makan dalam Mcdonalds. Ade gak yang beli Mcdonalds pastu buang amek gambar masuk facebook.

Tahu tak membazir?

Aku paham la nak perang saraf, tapi kalau dah sampai ludah kat lantai yg pekerja Mcdonalds tengah mop tu apemende pulak?

Cuba kalau adik ko keje situ pastu kene ludah? Best tak?


Aku bukan lah sokong Israel. Aku boikot jugak. Aku elakkan diri dari makan atau beli produk Israel.

Tapi apa yg aku tengok tindakan mereka ni betul betul di luar kotak.

Ini ke cara berjuang?


Tak salah nak berjuang, nak boikot. Aku pun buat. Tapi berpada pada lah.

Dah besar kan?

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila