17 August, 2014

kisah januzaj

Hari ni patutnya suami aku tengok bola kat mamak sebab EPL da start (ye ke EPL?) ok fine. Setelah mendapat bantahan hebat maka beliau menengok lah bola dirumah sambung laptop ngan tv camne tah.

Memula dia suruh aku buat air teh ais, dia kata mamak ada teh ais, kene sedap cam mamak buat. Aku pun buat lah.

Sambil dia tengok bola, aku duk sebelah dia baca buku shin chan. 

"Eeee kat mamak mana ade orang baca buku. Gi tengok sanaaaa,"

Tetiba kawan dia call ajak tengok bola. Kawan dia pun kene marah sebab kacau dia hahahah!

Pastu aku pun baca buku sesorok dendiam berselang ngan twit. Terbaca twit safwan seth tu. Tulis Janusaj ke Januzaj ke ape tah. Ceh konon konon nak tunjuk minat lew khennn 

"Abang Januzaj tu sape?"

"Januzai.."

"Apa abang? Janu ape?"

"Januzai .. Eiii ape ni tanye orang nama nama ni mana ade orang tengok bola tanye nama,"

"Ooo tadi angkat tepon bole.."

"Orang tu tak tanya pun nama pemain bola eiii"

Hahah last last aku lari pi ruang tamu.

Bapak mertua aku pun duk usik dia hihihi stress sangat.
Last last Man U kalah. Kecewa betul dia HAHAHAHA acah acah hampa ngan muncung sedepa kikiki comel je aww skati aku la nak cakap laki aku comel ke ape kahkah

Harap pasni tengok bola kat umah jugak aku kasi layanan serupa mamak baekkk punya! WAKAKAKAKKAKAKA

dah la takyah nak muntah sangat.

Bye

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila