10 August, 2014

Mana kau tahu?

Camne kau leh rasa yakin mencaci hina orang sedangkan kau sendiri tak tahu apa nasib kau akan datang?

Kau sedap hina orang tu ini. Misalnya ; status janda. Kau tahu ke jodoh kau tu akan bertahan selama mana?

Semua di tangan Allah. Camne kau boleh yakin sangat sampai leh hina orang bagai?




Kalau orang tu balu. Kau yakin ke laki ko tu panjang umur sampai tua? 

Serius aku tak paham. Zaman aku sekolah rendah lagi, then sekolah menengah, sampailah aku masuk poli. Aku salu dengar ayat camni,

"Kau tengok Puan tu marah tak tentu pasal, anak dara tua memang camtu,"

"Pasal apa tah Puan ni nak mengamuk, patut la tak kawen kawen,"

Memang aku tak pernah iyakan pun pesen yang suka buat statement sekejam ni. Aku takut sangat nak cakap mende mende camni. Sebab apa?

SEBAB AKU PUN TATAU AKU NI AKAN DATANG ADE JODOH KE TAK.

Yeah, apa yang kita caci hina tu akan patah balik kat kita gak supaya kita sendiri rasa.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila