25 August, 2014

Maternity Pillow yang adorable

25.8.2014 -12.25AM

Btw aku tertengok ade pesen bantal untuk orang mengandung nak elak sakit pinggang. Nama dia Maternity Pillow.



Aku suka yang camni. ^_^

Disebabkan aku travel drive jauh jauh hari hari Cheras - Shah Alam. Setiap kali balik je muka aku cam tahi fresh menahan sakit pinggang kaw kaw punya. Aku dah try dah letak bantal doraemon kat belakang aku masa drive. Lagi bertambah tak selesa ada la. So harap nya bila ade bantal tu kurangla sakit pinggang tu ye dak.



Aku baru tau yang kalau orang mengandung tidur terlentang tak elok. Seeloknya ibu mengandung tidurlah di posisi mengiring ke kiri kerana posisi ni membuatkan bayi mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih (ok ni aku salin kahkah)


Aku baca dari buku ni. Dapat hadiah time  kawin tak ingat sape tah yang bagi.
Aku salin je la.

Ia disebabkan adanya vena besar (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Posisi ini membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembekakan kaki, pergelangan kaki dan tangan.

Haa lepas minggu ke 16, kalau ibu mengandung tidur terlentang means meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. Risiko sakit pinggang, buasir dan gangguan pencernaan dan mengganggu pernafasan dan peredaran darah. Ia juga mempengaruhi tekanan darah (menurun)

Aku tak sangka gak bahaya betul tido terlentang ni. And aku pepagi bangun kompem terlentang. No wonder la sakit pinggang. Wuu tu yang aku nak sangat maternity pillow tu mana tahu membantu sedikit sebanyak ye dak wkwkwkwkw

Kalau nak beli online harga sampai RM230. Nak diy plak malas (sejak bila tah aku malas diy ni) haih. Tengok la nanti sape yang nak tolong diy kan untuk aku T_T

Ok la nak tido la esok keje. Bye

No comments:

Post a Comment

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu