Sentap betul aku bila terkejut tetengah malam nak kencing tengok sebelah laki takdak. Aduuu sentap kaw kaw la. Laki aku kursus 3 hari kat Penang maka mereput la ye aku sensorang (padahal ade mak abang ngan aku puik) T_T
Dah la bangun tido tetiba rasa lapar melampau cam tak makan seharian zzz padahal petang semalam aku gi Pak Li kot ngan Alyn Ya Nas ngan Anis makan ketiau goreng.
Lawak weh Pakli. Aku order ketiau goreng tanak ayam suh ganti ngan udang. Pastu dia kata tak boleh, boleh kalau taknak ayam, tapi tak boleh ganti ngan udang. Sebab udang mahal. Kena tambah duit. Aku cam pehhh berkira gile ko apa la salahnya kalau ayam yang ko dah kuarkan dari ketiau aku tu, ko ganti dengan seketul udang? Kedai ko bankrap ke pastu? Kedekut! 5 ketul udang = RM1.20 kosser aku nak layan!
Sama gak macam aku makan kat Foodcourt Jusco Maluri. Aku order nasik pataya. Then aku cakap ngan dia, nak tuka ayam, jadi udang or daging. Sebab aku tak makan ayam. Pastu dia cakap tak boleh ngan muka kereknya minah indon ni kan.
Padahal macam la aku tak pernah order camni kan? Kamon la aku order ngan mamat lain boleh je apsal dengan ko tetiba tak bley?
Pastu dia tanya kat mamat yang keje ngan dia jugak boleh ke tak nak tuka ayam ke udang or daging. Kawan dia cakap boleh takde masalah. Ha! So? Pastu dia cam hempas hempas mesin cashier tu gelabah gila wei paneh je aku macam la ko ada share ngan kedai tu ko punya risau nau rugi bagai. Ko keje je kot overrrr giler.
Pastu aku mintak extra sos cili, dia bagi aku setengah pinggan sos cili. Memang koajaq la cite dia. Aku kalau ikut hati nak je aku pulangkan balik mintak duit tapi aku lapar malas nak hadap perangai orang gelabah tak masal ni. Malas nak gado la senang cite.
Aih random sangat topik ni kan. Aku lapar giler ni malam ni aku tidoq umah kak aku. Tak reti la nak kincah dapur orang mana dia letak bawang ke cili ke megi ke tau plak aku kan so nak taknak sila la sambung tidur jangan nak mengada sangat melayan lapaq tetengah malam kalau laki ada takpe jugak leh mintak masakkan sup campbell #shingshingairmataberucuran
bakpe eny tak makan ayam!!!!
ReplyDelete