17 September, 2014

ada hati nak tag Amanz.my ?

Okay setelah sekian lama baru dapat buat award ni aduhh zaman bila wei award award ni aku pun tak ingat. Aku main blog since 2007 wei lama kan kan kan tapi yang lama lama tu aku anggap jela semua tu sampah (blog aku, aku kata) je zaman kegemilangan yang tak bape nak terbilang nun kan. Nak kata jahanam takde la jahanam pun aku ni masa zaman remaja di kira masih boleh di timbang tara la perangai nya. Hihihihi. Tapi sekarang dan dulu adalah sangat berbeza yang kawan kawan. SANGAT BERBEZA.

Okay berbalik kepada cerita tadi.

Okay syarat syarat nye ialah :

- Thanks to the person who gave you this award
- Include a link to their blog
- Select 15 blog / blogger you've discoverd / followed regularly
- Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
- Tell the person who nominated you with 7 things about yourself
Terima kasih Yiying selaku blogger paling lama bertahan duk hadam pahit manis masin ber blog ni hahhhh blog aku yang dulu pun banyak kelaut semenjak ada Twitter (kot?) Aku merasakan menulis di twitter adalah terlebih sikit penjiwaannya banding ngan blog. Logik la blog dulu menyakitkan hati kot. Ko da tulis panjang panjang pastu internet hilang entry yang ko da taip panjang panjang pun terpadam camtu je. Sekarang da lain. Terus update guna henpon je. POWERRR

Tentang Eny eh?



1. Saya suka hello kitty. Tapi semenjak saya dah tau yang Hello Kitty is not a cat, but a cute girl, saya cuba untuk menerapkan Hello Kitty tu kedalam jiwa saya. Ececece padahal aku semenjak kawen dah cuba untuk tidak membeli sebarang bentuk Hello Kitty tapi last month aku gagal jugak sebab terbeli kotak tisu bergambar Hello Kitty. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

2. Saya seorang yang ceria. Ya saya memang sangat ceria dan friendly dengan sesiapa sahaja even mereka adalah strangers. Tak salah pun senyum dapat pahala ye dak.

3. Saya seorang yang talkative. Masa saya kecik kecik di awal persekolahan, mak saya pesan kat saya jangan cakap banyak sangat sebab nanti orang tak suka. Jadi saya cuba untuk bercakap dengan penuh berhati hati dan berwaspada. Sebab kalau saya dah mula bercakap, saya susah nak berhenti. KAHKAHKAH kesian suami aku KAHKAH

4. Saya seorang yang agak panas baran. Saya memang cepat naik darah kalau orang buat tahi pada saya. Maka setepek lah kena di dahi kau serta merta. Kalau awak kenal saya since saya blogging di zaman dahulukala, awak tahu lah.

5. Tapi saya cepat sejuk. Hari ni saya marah awak. Esok saya dah lupa dan maafkan terus dan sikit pun tak melekat di hati saya. Perangai ini membuatkan saya sering dipijak berkali kali. Apa boleh buat?

6. Ya, saya memang seorang yang sangat cuai. Beberapa hari sebelum perkahwinan berlangsung, otak saya terlalu banyak berpikir sampailah pada suatu hari, saya nak pergi kerja. Tudung saya keronyok saya berasa tidak selesa dan melihat cermin untuk membetulkan tudung saya (sambil drive) dan kereta depan berhenti secara tiba tiba maka kelisa comel saya tercium lah dengan pungkoq kereta berjenama Mitsubishi Lancer maka hati saya pulak yang keronyok selepas itu.

ARGHHHHHHH DOWNNYEEEEEEEEEEEEEEEE kereta dia takde pape tapi dia mintak gak RM300 saya dah sangat down duit takde sebab nak kawen last last takyah bayar sebab orang tersebut tidak mahu bekerja sama sebab dia taknak bagi gambar bontot keretanya yang rosak dan perlu dibayar itu. So lantak ang la. Dia kata halal. Lantak laaaaaaaaaa. Tu pagi tu. Tengahari tu pulak iPhone 5s saya hilang. Sampai skang mak aku tak tahu lagi hmm. Hmmmm. T____T

7. Disebabkan saya cuai dan suka berimaginasi melampau, maka saya akan jadi seorang yang berhati hati tak bertempat. Suka pikir bukan bukan lagi lagi kalau kat basement mesti akan masuk kereta secara cepat dan terus kunci pintu dan pakai seat belt. AKU TAKUT ZOMBIE AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Ok aku tatau nak tag sape. Hmm ade ke orang nak layan aku hmmm


Habis. Bye


6 comments:

  1. kemain tag cik epal and amanz! hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tau ade miracle depa buat ke kahkah

      Delete
  2. pergh aku tak puas la 7, ko tambah lagi 13 la weh! hahahahahaha btw panas baran tu hmmm!

    ReplyDelete

hang tak komen hang gila