23 September, 2014

bayi 8 bulan parah di gigit biawak

Tioman: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah selepas digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja Berjaya Resort, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Kejadian itu disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawa mangsa ke Klinik Desa Kampung Tekek namun dirujuk ke Hospital Mersing untuk rawatan susulan. 

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu malam tadi di pondok polis Kampung Tekek. 

Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.


Beliau berkata, kes berkenaan adalah kali pertama dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia.

info : harian metro

aku tak sampai ati nak share gambo baby berdarah darah.
Aku dah kata biawak bahaya! Kan?!!!! dulu masa jalan nak gi kelas kat Sabak Bernam, nampak biawak memang aku lari wei. Pastu kawan aku kata lek la weh kita tak kacau dia dia tak kacau kita. Ni la buktinya biawak ni sangat merbahaya! ARGHHH


Kesian gila budak tu dah la comel inesen je kan. Dah la kecik lagi 8 bulan wuuu gebu berdarah darah camtu isk sedih la wei. Nak marah biawak tu pun tak boleh. Dah nama pun biawak T____T

Hati hati la kome yang blajo kat Sabak Bernam tu lenkali kalau ada biawak duk main cak cak dalam tasik busuk nun, lari lah ye secara laju. ternyata risiko untuk anda diserang biawak sangatlah tinggi!

2 comments:

  1. aku akalu joging dekat kepong memang selalu nampak biawak ni tapi wat dek je sbb aku tengok dia macam cicak, sekali bila dia attack baby ni terus gerun aku dibuatnya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriusli tolonglah jauhkan diri.. bahaya la weiii!
      kalau dia kejar camne!!

      Delete

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu