22 September, 2014

fetish barefoot euw sangat!

Entry pasal Siti Nurhaliza lagi. Memang sangat mengingatkan aku tentang pervert yang sangat desperate. Dato Siti upload gambo kaki dia bengkak sebab bertinju aaaaa okay tak dinafikan Aurat is Aurat. Aku ni memang suka sangat ngan Siti tapi aku tak boleh la nak nafikan apa yang dah termaktub kan.

Aku ni kan kalau la ade no Siti ni memang lama dah aku wasep dia suh delete gambo kaki dia ni aihh bukan nak menyibuk ke ape ke kan tapi tula aku pernah kot kena stranger mana tah inbox aku mintak gambar barefoot euwww tahu tak ade orang fetish ngan anggota badan wanita yang takde kaitan contohnya kaki. Aku tengok dia ngan pesbuk ade folder khas bagai untuk kaki pompuan euwwwww geli!






Memang aku gelak la kan perangai tak semenggah camni. Ape la motip ko suka tengok kaki orang kan. Tapi ade la pesen laki yang suka tengok jari, bibir, and suka tengok perempuan mengandung pun ada! OMG menakutkan laaa T____T

Fetish tu apa? Aku pun baru tahu perkataan fetish ni. Aku tanya laki aku kahkah okay kalau nak tahu pergi google sendiri.

Iyaiyaiyai lagi satuuuu aku hadap lagi la komen Kak Siti yang sampai tujuh ratuih nun. Aku pelik bila ade orang kata "Ala kaki je pun, aurat apa nye," aaaaaaaaa takpela mungkin dia tak tahu kot yela bukan semua orang tau pasal mende mende ni kan takpela its okay la.


Masa aku gi PLKN dulu macam macam orang aku jumpa. Ade yang kat PLKN tu la pertama kali mandi wajib, mengucap pun tak tahu, tak reti semayang. Aku rasa depa ni bukan sengaja, cuma takde orang yang nak bagi ilmu tu. Kesian kan? Wuuu yang dah tau ni pulak jangan la tegur cam bagus sangat. Cara nak tegur tu kena betul dan bertempat la.

Lagi satu pesen peminat fanatik TAK TENTU ARAH ni.


Aaaaa sampai samakan kaki Siti ngan Rasullullah s.a.w omg i cannot brain this T____T

Aku pun peminat fanatik tapi tahla. Aku syak Siti baca pun mengucap panjang wei. Beragak la ye pun zzz.

Btw memang aku takde la nak komen pape kan kat IG kakak aku sorang tu kan ingat aku takde life ke nak gado semakkan IG orang? Okay la ngaku la pernah la jugak carik pasal ngan tukang komen tak bertauliah ni tapi lepas tu mesti aku menyesali HAHAHAHAHHA

OK BYE siti nurhaliza i love you muah

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila