20 September, 2014

iPhone 6 : harapan tinggal harapan

Aku dah siap download dua game. Satu The Maze Runner dan satu lagi The Sims Freeplay. Tapi dua dua takleh main.

Henpon lembab tahap ungka tatau la nak cakap apa. Dah la baru lepas charge aku rasa battery baru je 80% tetiba meninggal. Mana la tak menyirap. Tengah main main tetiba meninggal camtu je so sad :( Aku memang nak henpon baru tapi aku tatau la nape aku takleh hadap tepon lain selain iPhone. Bunyi cam pehh bajet gile ko ni tapi tu la hakikatnya aku dah pakai iPhone since 2009 (kot?) yela mase tu aku sem 2 kat Poli Shah Alam masa tu aku pakai iPhone 2g memang kencang la henpon ni aku sambil lari pastu henpon tu terjatuh atas jalan tar pun maintain agi. Pastu masuk sem 5 kat Poli Sabak Bernam aku tukaq henpon iPhone 4 sampai la skang (tskk) T___T

Yelah sedih la patutnya aku dah pakai iPhone 5 la camne la leh hilang aku ni sangatla cuai. Henpon aku tu hilang kat Pasaraya dalam One Shamelin tu la. Aku masa tu gi ngan Ijad nak cari cutter untuk gambar dia. Masa tu mungkin aku jelingor ngah susah hati sebab pagi tu kan aku duk langgor Lancer perghh meman kusut la otak. Selesai usha barang tu kitorang balik la lab balik tu aku terus menjahit veil aku yang tak siap siap kan. Tetiba aku pasan yang henpon aku takde. Dengan penuh ketenangan, aku pun try la misscall, cari, tuduh semua orang (HAHA) pastu paksa ijad cari telepon aku. Skali Ijad cakap bukan aku bawak ke gi mall tadi.

Dengan pantasnya kitorang patah balik gi One Shamelin cari telepon tadi. Malangnya TAKDE. Siap gi tengok CCTV. Yup. Memang dah hilang. Bukan pekerja tapi orang luar yang ambik. Satu family Chinese anak pompuan dua orang yang jumpa telepon tu. Siap tunjuk kat mak ayah dia. Lesap camtu je. Sentap aku. Terobek robek hati. Padahal aku baru je beli tepon tu. Aku balik lab terus call abang aku terus block telepon tu. BTW takleh trace balik pun sebab aku tak install Find My Iphone then aku tak daftar pun icloud sendiri nasib baik aku beli telepon tu dari abang aku so boleh la aku mintak dia tolong block-kan. Hmmm sedih tapi aku yakin ada hikmahnya. Hmmm

Ha ok jom kita move on ya kawan kawan. Si Eins ade suggest aku beli henpon giyomi la okay sebenarnye Xiaomi tapi aku cam tak yakin la aku cam takut la hang ke ape ke. Sama la cam tepon One Plus One. Aku cam tak yakin nak pakai Android hmmm tp tula maybe aku tak pernah try kot.

Aku ni pesen malas nak buang sms, pastu nak clear bagai nak delete gambo pun setahun skali. Kalau aku pakai iphone ni ok je aku rasa msg tu dari beberapa tahun yang lepas pun maintain je tak hang pun. Ya tu la sebab utama sebenarnya.


(gambar curi dari JomPHP)

Aku skang dapat iPhone 5 ke iPhone 5s pun aku dah bersyukur. Tak yah la nak iPhone 6 ke iPhone 6 Plus ke mahei nauuu!

Aku kena beli tabung la simpan sehari singgit nak beli henpon T____T ke aku kena buat tabung derma khas?

T____T


2 comments:

  1. tulah dilema sgt nk pilih fon pun. last2 pkai android jgk sbb tak mampu. #sadlyfe . tp iphone kecik ah cm rasa tk puas lak kdg2 tu. huhu

    (jumpa jgk blog sickchild72 ni. haha. dh kawen dah pun.
    i used to be yr silent reader dulu. )

    ReplyDelete
    Replies
    1. iphone kecik tapi aku suka la tahap infiniti wei HAHA memang aku suka sangat sebab best la!

      tak lama lagi (insyaAllah) blog ni jadi www.sickchild72.com balik. thanks baca blog aku! WARTGHHHH

      Delete

hang tak komen hang gila