22 September, 2014

mulut longkang

Lawak la pagi ni sementara aku duk nunggu suami bangun untuk ke kerja, aku pun stalk la idola ku (eceh) hahahahahaha

Siti nurhaliza ade upload gambar Dato k baring kat peha dia. Yeah, memang pelik tapi mungkin perasaan bahagia tu meluap luap sampaikan Siti ter-upload kat instagram kan. Bagi aku adegan yang di-upload tu taklah melampau nau cuma nampak sikit la bahagian dada tu kan ala Siti kan baru nak berubah dulu pun masa aku mula mula aku nak pakai tudung mana ada aku tutup dada sume bantai selimpang kiri kanan asal hado kan slow slow steady la. Skang alhamdulillah la kalau tak tutup cam belanja je tak selesa  sangat!

Tapi cite dia skang tah mane tah aku dapat kedeghatt tah aku leh hadap semua komen yang beratus ratus tu. Orang duk puji sweet tu sedap la sikit nak membaca nya kan. Tetiba ade orang komen camni.


Kau tak rasa ke kau tu kurang ajaq? Perlu ke nak cakap "takde anak bley la camni," hapemende nampak nau la betapa hambar nye kehidupan ko kan xdok nak manja manja camni lepas ada anak kan. Ko tau tak perkataan "TAKDE ANAK" tu menyedihkan dan sangat sensitif untuk orang yang memang bertungkus lumus nak dapatkan zuriat? Pehal la ko nak bandingkan isu anak ngan orang yang belum dapat anak lagi?

Ko sedap cakap tak pikir panjang, ko tak tau apa perasaan dia bila setiap bulan ko mengharapkan ada perubahan. Perasaan bila setiap bulan datangnye period kau menangis sebab ko harapkan bulan tu ada la yang lekat tapi takde. Kau tu dapat rezeki anak tapi mulut cam longkang tak sedar ke apa yang ko cakap tu mengguris hati orang? Melampau la.

Orang tu belum dapat zuriat, suami dia manjakan dia, kau nak bandingkan pasal anak. Aku sebenarnya kuries la. Mana laaaa kau letak otak kau sebelum taip komen camtu kan?

BLERGH!





No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila