22 February, 2015

Foremilk dan Hindmilk

Aku baru tahu wujud Foremilk ngan Hindmilk.

Foremilk ni ialah susu yang berada di area depan kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Bila baby start nyusu, foremilk akan keluar dulu. Foremilk cair dan kaya dengan air, warna dia kehijauan atau kebiruan. Kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin.

Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.

Foremilk hilangkan haus. Hindmilk mengenyangkan. Kalau nak baby mok mok, nyusu kan la sampai B kosong so that dia dapat dua dua.

Cara nak perbanyakkan hindmilk, lepas susu sebelah, pam sebelah. Cte skang kalau nyusu sebelah mesti ttdo. Pastu sebelah aku bio sampai la ke petang. Kah!

So pasni kena la pam ye dak. Aku maleh betui tapi no choice. Kena buat la jugak demi baby. Aku malas nak cuci. Lap pasang bla bla bla. Tp kne buat jugak.

Wish me luck!

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila