21 February, 2015

Review : Tanamera Cold Press Virgin Coconut Oil

Okay setelah 3 botol aku lenjan minyak kelapa dara ni, aku nak buat seketul dua review. Last aku cite pasal Tanamera ni kat sini . Yes aku pakai minyak ni untuk tujuan mengelakkan daripada timbul stretchmark ya kawan kawan. Pagi petang siang malam aku sapu kat perut. Hasilnya? JENGJENGJENG



Tak mungkin la aku nak share gambar perut aku kan kat sini kan kan kannnn. Aku just nak cakap je. Memang still ada stretchmark tapi tak banyak. Aku tengok perut orang lain yang ada stretchmark akibat dari pregnant, memang sangat banyak. Tapi perut aku sikit je atas garis c-zer tu.

Sedih jugak tapi nak wat camne. Memang wujud orang pas beranak takde stretchmark seriously sangat best la cite dia. Aku tengok sendiri akak tempat keje aku perut dia licin cam orang tak beranak wei. Maybe genetik kot. But tu la aku syukur la ikhtiar aku duk sapu hari hari tu MENGURANGKAN stretchmark tu. Kalau tak pakai entah camne tah perut aku ye dak. BTW aku tak garu pun.

Minum VCO ni pun aku amalkan sejak kandungan 37 minggu. Sebab aku takut bersalin awal so aku minum lambat sikit pagi sekali malam sekali. Rasanya cam minyak la tapi bau dia okay cam bau biskut kelapa. Aku pernah bau minyak kelapa dara jenama lain rasanya nauzubillah (ceh padahal sama je) maybe sebab bau kot =_="

TAPI KEMAIN MINUM PAGI PETANG SIANG MALAM  PUN.. CZER JUGAK.

So tak dapek ler kawe nak bagi testimoni tang ni ye dak. Ampun.

So far okay la VCO ni. Recommended!

BYE

1 comment:

  1. komen paling ikhlas hihi... kite pun beli vco ni dengan harapan nak bersalin normal. tapi kalau dah kene cser xdapek nak tau bagus betul ke idak vco ni...

    ReplyDelete

hang tak komen hang gila