26 February, 2015

Tak jadi beli buai yayyy

Nyenyak nye lah aih adam tidoq. Kan best kalau sensiang pun camni. Takpelah dah pandai beza malam siang pun aku dah bersyukur. Alhamdulillah..


Kalau tido malam dia terjaga dua tiga kali untuk minum. Kadang kadang dia berak so aku tukaq la lampin dia skali.

Pastu pas minum sendawa kejap kalau tak sendawa aku baringkan je mengiring. So far terus tido la cam yang tengah berlaku sekarang ni.

Kalau sianggg hamek ko takde makne la nak camni. Dah bobok tu kalau ko letak je terus menangis homaigod aku dah la nak start bisnes balik ni. Acahaneeee.

Semalam laki aku kan nak belikan buai kan.. Pastu tak jadi sebab aku buat rayuan kali ke berapa tah pleaseee bagi aku masa sikit je lagi untuk ajar Adam tido leklok.. Adam pesen nak mengempeng je kalau siang kalau malam elok ler pulak. Maybe dia tahu malam mama dia nak rehat. Sebab siang dia dah lenjan mama dia habis habisan. Lagi aku ni pesen tak reti nak tido siangbtime anak tido. Pening aaaa

Adam.. Cepat la habis berak cair ni.. Supaya leh tido nyenyak tak terjaga dah.. Baru mama abah senang hati..


No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila