19 March, 2015

Help me!

Peh lemau gila aku pagi ni. Malam tadi Adam tak bape nak tido sangat. Aku perasan gak apa sebabnye. Dia skang tengah explore tangan dia. And tengah  try nak belajar isap tangan sendiri. So bila terjaga je time tido dia sungguh sungguh nak masukkan tangan dalam mulut. Bila tak berjaya, nanges. Hnssff


Cite skang ni aku cari gak pasal isap jari. Ade orang cakap habit hisap jari lagi susah nak ilangkan daripada habit hisap puting. Ade gak yang cakap isap jari ni bagus, jangan halang baby isap jari sebab dia bagi otak baby berkembang tapi kalau da lebih dari 2 tahun dah tak elok sebab takut jongang, and susah bercakap. Pastu takut jadi low self esteem sebab kawan lain tak isap jari dia sorang je isap. Ha gittew

Masalah nya senang ke nak stop habit isap jari ni? Selogiknye la kalau puting ko boleh lagi la nak sorok. Kalau tangan? Ape mende la kejap nak bagi kejap taknak bagi heiiii paneh beteiii

Malam tadi dalam kul lima aku cam lesu dah tak larat dah nak angkat budak lima kilo ni. Kang terjatuh kang ape pon tak dapat. So bila dia da tido, aku bedung so lepas bangun dari tido dia takde la isap tangan. Tapi ternyata aku gagal. Walau cmane bedunh pun dia akan berjaya keluarkan tangan gak.


Okay kesimpulannya, nak biarkan dia isap jari, or halang?

HELPPPPPP T____T

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila