26 May, 2015

Rumah dah siap cuci!


Rumah da siap cuci. I iz happyyyy. Barang smeua da siap alih. Baju baju mesin jahit belum la tapi. Takpelah yang tu kemudian. Barang yang sedia ada ni leh susun dulu. Tu la untungnya umah mertua dekat. Senang nak hayak barang takde serabut pindah cam tongkah pecah. Boleh susun yang mana ada dulu.

Memandangkan dapur aku takdak kabinet, makanya aku memang nak beli sangat rak pantry nak letak tepi table top. Since plug situ pun ade la empat bijik cukup la untuk blender, periuk nasi, oven, mixer bertandang kat situ ye dak. Cte dia sekarang aku dah tak sabar nak beli tempat letak barangnya. Storage. Tak sabar dahhhh.


Aku nak beli pantry camni. Tapi nak satu je umah aku ni cam macaroon comey je cetotet kahkah so beso beso cenggini nak letak mana?? Kakakakakak.

Mana aku nak cekau duit ni. Hnssfff


Plan dah ada. Gerak je belum. Wish me luck

19 May, 2015

Masa tengah taip ni aku terlelap pastu termimpi buat tajuk post ni "aku taknak white,"

Bila nak masuk rumah ni, aku sibuk memikirkan mana nak letak barang. Since rumah aku nanti takde kabinet. Just ada open shelving sahaja which is atas tu aku nak letak pinggan mangkuk cawan ramekins dan lain lain. So? Mana nak letak tepung? Gula? Herbs? Dulang? Periuk? Belanga? Kukus? Barang baking? Oh nooo.

Setakat ni herbs aku da ade idea. Start buat je belum. Aku ngah memilih bekas yang sesuai dan aku nak pakai bekas tu je untuk semua benda. Seragam yeahhh tu la kunci dia taknak dapur serabut. Semua kena buat dari sebelum masuk rumah.

Aku nak buat list resepi dari hari tu tak buat buat. Nak laminate siap jadi kad so takyah nak bukak buku check henpon bagai. Every weekend pilih nak makan ape untuk seminggu tu then husband terus pergi pasar gi beli stock seminggu. Yayy power tak idea aku.

Aku dah tau dah mana aku nak letak tepung bagai semua. Barang baking ni masalah dia. Apa je barang baking? Hnssf. Kene pikir la.

Aku ni ade habit taik la bila keje banyak menimbun aku leh main henpon lagi atas katil ape ke teruknye la padahal masa tu aku dah bole siapkan keje lain. Ni perangai masa study la ni terbawak bawak sampai ke rumah tangga nauzubillah teruk bebeno! Tu pasai la gemuk cam ungka! Eny!! Tobat la pehlis!



Hiyarghhhhhhhhhhhhhh.

Tu baru dapur. Belum workspace lagi. Belum closet lagi. Hmmmmmmmmmmmmmm

Ok esok seharian settle pasal dapur plis eny tak lama dah nak pindah ni tolong la jangan nak perangai sangat aduuu payah laaaa.

1st. Storage.
2nd. Susunatur.

Storage paling penting di dunia k. Paling.

Goodluck Eny!

18 May, 2015

Ini entry sedih.

Sesungguhnya muka aku kusam terokkk. Aku cam geram gak. Nak pakai produk macam macam tak bole sebab tengah nyusu. Tak beraniiii T_____T

Kalau Adam tak nyusu memang aku sapu je. Minum ubat kurus siap. Aku tatau la camne. Selera makan kaw kaw tak ingat. Semalam aku makan paling banyak la wei memang tengkorak dia la hahahaha sampai skang aku menyesal ya rabbiiiii camne laaaaaa.

Kesian laki aku tengok muka aku kusam hari hari. Aku tengok muka sendiri pun tak selera. Camne nak betuikan niii T____at

Tambahan aku malas plak skang ni. Dulu rajin je sapu ni la tu la diet la skang sume taknak. Ape ke teruknyaaa T____T


Sedihnya seorang Eny. Berubah Eny please T__T


09 May, 2015

Suka hati ko je!!!!!

 Pagi tadi laki aku bawak gi sarapan kat Cakoi seksyen 3. Happy betoi aku makan Adam pun pepagi buta da bangun terjerit jerit hahaha dia cam happy dengar suara sendiri.


Tak lama lagi tak muat la carseat ni sekarang berat Adam dah nak 7kg. So far aku masih mampu mendukung. Lenguhhhhhhh.

Balik dari makan tu mata dia terkelip kelip.

Dan akhirnya?


Tido. Zzz nyenyak plak tu.

So dalam perjalanan balik tu aku pujuk la suami kesayangan pergi beli zip. Aku ingat nak try jahit sarung bantal untuk ruang tamu. Dari seksyen 3 sampai ke seksyen 18 semata nak beli zip????

Kedai favourite aku tutup. Hnssfff tapi kedai nyonya tu nama apa tah dah bukak. Ct Handykraft? Pemende tah nama kedai dia. Ok la jadi la singgah jap nak beli zip. Aku tengok pekerja dia dah bukak kedai. Aku pun masuk.

"Saya nak beli zip,"

"Kedai tak bukak lagi,"

Aku cam perghh ko da bukak dah aku nak amek zip pastu aku bayo pastu da la bukan aku nak berkampung dalam kedai ko.

"Saya nak beli zip je saya dari jauh ni datang,"

"Kedai tak bukak lagi nanti da housekeeping baru bukak, pekerja pun tak sampai lagi,"

PERGGH MENYIRAP LA AKU NI KAN.
KAU BUKAN PEKERJA KE?????

Ni indon tau tak. Pekerja dia indon bajet ko tu tauke kedai ke hah??? Salah ke kalau ko pegi je amek zip tu pastu aku bayar pastu ko nak sapu ke nak mop ke lantak ko ler. Bos ko dah la cina ko pun tau cina niaga camne kan??

Aku rasa cam nak gi report je paneh hati betul aku. Dah tu aku blah je la. Menyirap betoi kalau kedai tu depan rumah takpe. Geramnya.

Same la cam masa keje kat Shamelin dulu. Aku ngan Iput gi beli lunch kat Gerai Ibu. Sebelah Gerai Ibu tu ada jual cam waffle la corn in a cup la ape la kan.

Iput yang gi beli. Aku duk dalam kete. Pastu da settle dia masuk kete.

Dia cakap ;

"Tadi aku nak beli waffle,"

"Pastu mana wafflenya?"

"Pekerja Indon tu dia baring kan kepala atas meja. Pastu aku cakap la aku nak beli waffle. Pastu indon tu kata hari ni saya demam saya tak jual,"

SUKAHATI KO JEEEEE HAHAHAHAHA

Malang btol sape amek ko jadi pekerja. Teruk sangat peel nye. Aku nanti kalau gi lagi kedai auntie tu aku nak report la pekerja dia halau aku tak kasi beli. Lantak la.

Teruk!



03 May, 2015

Adam balik Kedah!

Baru nak bertolak balik dari Kedah. Cuti kali ni balik Kedah sebab tahun ni raya kat umah sendiri. Hihi. Tahun ni pindah duk umah sendiri dan yes, angan angan aku sebelum kahwin memang nak raya kat rumah sendiri. Aku masak rendang dengan ketupat, kemas rumah cantik, aku nak jahit baju raya aku ngan Adam gak. Baju laki aku payah la nak jahit sebab leher baju melayu cam seram je. Cuakkkk.


Yes tu la angan angan aku. Lepas dah raya kat rumah sendiri, baru balik rumah mak. Makan kat rumah mak pulak. Pawer tak angan angan aku.


Okay aritu balik Kedah ari jumaat saje nak balik bawak Adam jumpa Toknek dia. Kang kalau tak balik lagi setahun ler gamaknya baru Toknek dapat jumpa Adam. Budak kecik cepat membesar.


First time Adam gi jauh. Aritu gi gak Johor. Tapi tak lah sejauh Kedah ni 10 jam wei dalam kete. Dia bape kali pening muntah. Aku kejap angkat pegang dia kejap letak dalam carseat.


Semalam ade eksiden yang Myvi berlumba tu kesian budak dua org tu tak memasai jadi yatim piatu. Tu la da ajalkan. Sedih la aku tengok gambar baby tercampak keluar tu. Sedih. Tu yang kengkadang aku takut kalau tak pakaikan Adam carseat. Tapi adakalanya tu Adam nangis teruk sangat sangat so terpaksa gak angkat.

So far kalau aku terpaksa pegang Adam, aku akan duduk belakang kerusi driver. Dan pegang Adam kekuat. Takut sangat. Dodoi kejap bila da tido aku letak dalam carseat balik. Teruk kan aku ni tapi aku tatau la kalau ade cara lain. If anyone yg ade tips untuk aku, share please T____T



Balik kang nak singgah makan nasik ganja yey!