03 May, 2015

Adam balik Kedah!

Baru nak bertolak balik dari Kedah. Cuti kali ni balik Kedah sebab tahun ni raya kat umah sendiri. Hihi. Tahun ni pindah duk umah sendiri dan yes, angan angan aku sebelum kahwin memang nak raya kat rumah sendiri. Aku masak rendang dengan ketupat, kemas rumah cantik, aku nak jahit baju raya aku ngan Adam gak. Baju laki aku payah la nak jahit sebab leher baju melayu cam seram je. Cuakkkk.


Yes tu la angan angan aku. Lepas dah raya kat rumah sendiri, baru balik rumah mak. Makan kat rumah mak pulak. Pawer tak angan angan aku.


Okay aritu balik Kedah ari jumaat saje nak balik bawak Adam jumpa Toknek dia. Kang kalau tak balik lagi setahun ler gamaknya baru Toknek dapat jumpa Adam. Budak kecik cepat membesar.


First time Adam gi jauh. Aritu gi gak Johor. Tapi tak lah sejauh Kedah ni 10 jam wei dalam kete. Dia bape kali pening muntah. Aku kejap angkat pegang dia kejap letak dalam carseat.


Semalam ade eksiden yang Myvi berlumba tu kesian budak dua org tu tak memasai jadi yatim piatu. Tu la da ajalkan. Sedih la aku tengok gambar baby tercampak keluar tu. Sedih. Tu yang kengkadang aku takut kalau tak pakaikan Adam carseat. Tapi adakalanya tu Adam nangis teruk sangat sangat so terpaksa gak angkat.

So far kalau aku terpaksa pegang Adam, aku akan duduk belakang kerusi driver. Dan pegang Adam kekuat. Takut sangat. Dodoi kejap bila da tido aku letak dalam carseat balik. Teruk kan aku ni tapi aku tatau la kalau ade cara lain. If anyone yg ade tips untuk aku, share please T____T



Balik kang nak singgah makan nasik ganja yey!


No comments:

Post a Comment

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu