19 May, 2015

Masa tengah taip ni aku terlelap pastu termimpi buat tajuk post ni "aku taknak white,"

Bila nak masuk rumah ni, aku sibuk memikirkan mana nak letak barang. Since rumah aku nanti takde kabinet. Just ada open shelving sahaja which is atas tu aku nak letak pinggan mangkuk cawan ramekins dan lain lain. So? Mana nak letak tepung? Gula? Herbs? Dulang? Periuk? Belanga? Kukus? Barang baking? Oh nooo.

Setakat ni herbs aku da ade idea. Start buat je belum. Aku ngah memilih bekas yang sesuai dan aku nak pakai bekas tu je untuk semua benda. Seragam yeahhh tu la kunci dia taknak dapur serabut. Semua kena buat dari sebelum masuk rumah.

Aku nak buat list resepi dari hari tu tak buat buat. Nak laminate siap jadi kad so takyah nak bukak buku check henpon bagai. Every weekend pilih nak makan ape untuk seminggu tu then husband terus pergi pasar gi beli stock seminggu. Yayy power tak idea aku.

Aku dah tau dah mana aku nak letak tepung bagai semua. Barang baking ni masalah dia. Apa je barang baking? Hnssf. Kene pikir la.

Aku ni ade habit taik la bila keje banyak menimbun aku leh main henpon lagi atas katil ape ke teruknye la padahal masa tu aku dah bole siapkan keje lain. Ni perangai masa study la ni terbawak bawak sampai ke rumah tangga nauzubillah teruk bebeno! Tu pasai la gemuk cam ungka! Eny!! Tobat la pehlis!



Hiyarghhhhhhhhhhhhhh.

Tu baru dapur. Belum workspace lagi. Belum closet lagi. Hmmmmmmmmmmmmmm

Ok esok seharian settle pasal dapur plis eny tak lama dah nak pindah ni tolong la jangan nak perangai sangat aduuu payah laaaa.

1st. Storage.
2nd. Susunatur.

Storage paling penting di dunia k. Paling.

Goodluck Eny!

1 comment:

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu