30 November, 2015

taknak tapi kena

Im crying inside bila memikirkan aku kene keje. Angan angan nak jaga, didik anak sepenuhnya tinggal angan angan. Serius aku kene keje.

Kegawatan ekonomi yang menyiat nyiat hati aku membuatkan aku melupakan sebentar keadaan rumah berterabur macam tongkah pecah sebab pagi tadi aku keluar bawak balong pergi fisioterapi. Tak menyempat nak mengemas. Aku bukak balik pam Lacte. Pam 10 minit dapat la 1 oz. Hmm 1oz je? Alhamdulillah.

Masuk dalam botol, aku angkat anak aku letak kat riba. Aku sua botol tu dalam mulut dia dengan harapan dia minum tak menolak.

dan ALHAMDULILLAH! Adam minum sampai habis!

Adakah petanda sudah tiba masanya untuk aku bekerja???????

Aku try cari lab vacancy, kerani pun jadi la. AKU KENE KEJE!

Bye aku nak google.

2 comments:

  1. sama lah nasib kita.kena cari kerja jugak.tp macam2 pulak kena pikir.nak cari pengasuh pon yer jugak..nasib2

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pengasuh takde masalah sebab mak aku willing utk menjaga adam. memang offer aku nak jaga cucu dia ni tapi masalah aku tu la. hmm nak cari keje hmm

      Delete

hang tak komen hang gila