31 March, 2016

FRUSTRATED


26 March, 2016

TERSALAH PILIHAN :(


Tak sedap :(

Tadi nak beli air. Laki aku bagi RM5 sekeping. Aku ckp mana boleh pakai duit niiii tak aci. Dia kata bolehhh aaaa alaaa mana aci nak habiskan duit hijau sblm sampai rumahhh alaaaa abgggg main tipu

SAPE MANGKUK SKANG

Cam biasa rutin jumaat, exfoliate muka. Seronoknyeee. Koko, Madu dan Gula la pilihan saya!

Memula aku amek satu sudu kecik gula, pastu aku amek satu sudu kecik koko. Pastu baru teringat eh nak amek tepon la nak tepon laki aku.

Pastu aku nak amek madu plak. Aku tengok madu takda di tempat dia. Cari punya cari tak jumpa. Hmm takkan la dah habis?

*maka dengan itu seorang Eny pun ber-monolog*

'Abang habiskan ke?'
'Mak nak botol punya pasal ke buang madu tu?'
'Aku alih ke sebab takut panas kan madu kene periuk nasik?'

Bukak peti ais. Ha jumpa botol yang sama! Sekali tengok rupanya stok bilis. Hampa. Aduhh aku baru nak manjakan muka.. buang tong sampah jela nampaknya gula ngan koko ni. Hmm.

Pastu aku buat keputusan aku nak givap, Elok je aku nak amek bekas yg aku isikan ngan gula ngan koko tu, tetiba elok je wei botol madu sebelah bekas koko gula. SEJAK BILA KO ADA KAT SITU????

HMM rupanya sebelum aku amek tepon tu aku mmg dah amek dah botol madu tu letak atas meja, aku tak jadi isi lagi dlm mangkuk sebab aku mangkuk sudu dah kene koko, So kene cuci dulu kalau nak cedok madu. Pastu aku gi amek telefon maka terkontang kanting la botol madu kat situ.

CITE DIA SKANG NAPA AKU TAK NAMPAK??????

JAHANAM BETOI ENY

25 March, 2016

[GEMPAR!] : PERANG HIJAU

Tengah sedap melukis photoshop wat hal plak lembab cam penyu. Aku nak cite sikit la.

Aku sekarang tengah berperang dengan diri sendiri. Aku namakan ia Perang Hijau. Kisah ni kisah yang sangat menyayat hati. Suami aku pun kecewa dengan peperangan ini.

Boleh dikatakan perang psikologi. Boleh juga dikatakan perang antara nafsu dan keperluan. Apemende aku cakap ni.

Okay perang apa? Tu la ko tak tau. NI HAHH






NI LA PUNCA DIA!!!!!

Setiap kali beli barang, kalau dapat baki je aku geleng kepala mengenang nasib. Balik kene masuk dalam tabung RM5. Sambil meratap aku memujuk hati, takpe la senang dulu susah kemudian ye dak

Untuk mengelakkan rasa sunyi, tiap kali laki aku balik keje je aku cecepat bukak beg duit dia. Dah dua hari dah dia garu kepala setiap kali aku jumpa duit hijau dalam beg duit dia. KAHKAHKAH rasakan apa yang aku rasaaaaa.

ACAH JE. PLAN AKU SEBENARNYA NI.

So apa apa hal duit emergency ada. Tapi tabung ni jangka hayat dia sebelum emergency, sampai akhir tahun ni. Tekad ni.

Kita tengok apa yang jadi k. BYE






20 March, 2016

KISAH AYAM GORENG



Semalam Abang balik keje lewat dalam kul doblas kot. Pehtu aku pun sesiap la makanan letak ataih meja kan. Pastu abang pun sesiap basuh tangan nak makan tetiba dia tanya

Abang : "Awak beli ayam eh?"
Aku : "Eh cane abang tahu,"
Abang : "Eleh abang tahu.."

Aku pun pelik sangat la yela rasanya belen ayam goreng bodo yang aku takeaway petang tu tulang2 dia sume dalam polisterin takkan la laki aku rabek polisterin tu kan aku da buang kot dalam tong sampah

Abang : *sambil finger point kat ayam goreng atas meja* "Tu ha ayam tu awak mane reti goreng ayam camni,"

Aku tercengang kejap. Serius laaa serius laaaaa HAHAHAHHAHAHAHA

Aku : "Abang puji Eny ke ni? Serius la abang puji Eny? Hahahahahaha ni Eny goreng la HAHAHAHAHAHHAHAHAH"

Rasa cam nak buat kenduri. Seronok betui aku. Laki aku terus sengih nyesaiiii hahhahahahahahahahahahha

Padan muka hahaha nampak sangat ayam goreng aku rupa dia power. Skali da makan, hmmm dalam merah sikit lagi aaaaaaa benci!

Tapi yang penting Abang puji aku kahkah

19 March, 2016

AKU TAK SENGAJA


Hari tu aku jumpa Intan kat Midvalley seronok sembang bagai jumpa Hana dana Yustika dan bakal suami dan si comey dan apa tah mende aku ngarut ni

Okay dipendekkan cerita aku gi Midvalley drive sensorang. Sampai je MidValley rejeki aku parking betui betui depan pintu. Since aku pun dah terlambat so aku pun bergerak pantas setel kan adam kluk klek kluk klek siap. Gi Jumpa Intan.





Pastu balik aku cm lega la sebab laki aku suh aku balik sebelum 10.30 tapi 9.30 aku dah nak gerak. Tekan je butang tot tot kete tu (nama dia apa aku pun malas nak pikir pepandai la ngko) tapi tak berbunyi. Sudah.

Aku tekan lagi pun sama. Alamak habis beteri ke picit picit kete ni haduhhh aku pun gi la kat pakgad. Resah la dah la da bayo parking. Aku berdua je plak tu bgan Adam.

Aku : "Kete saya takleh tekan la dia tak jadi apa,"

PakGad : "Tu toyota tu ke? Haaa tadi awk tak tutup lampu,"

Duniaku yang bercahaya sebentar tadi (sebab balik awal) terus terpadam sekelip mata macam beteri kereta aku jugak. Mampos la laki aku bebel japgi alahai alahai baru acah nak jadi isteri mithali alahai mereput la ngko Eny.



Nasib baik la Pak Gad sudi membantu. Diorang la susah payah setelkan kete aku. Hmmmm

Apsal la teruk sangat aku ni T_____T

Owner dropship pakat gelakkan aku sebab aku pegi bantai taruk alamat camni time buat order kasteme


Jangan kecam aku. Aku tak sengaja jadi bangang sebegini T_T

13 March, 2016

SESUNGGUHNYA AKU KECEWA NGAN DIRI SENDIRI

Lama tak update blog.

Hari ni hari yang sangat menyedihkan. Aku jarang mengalami mende cam ni sebab aku sangat berhati hati dan sangat berfikir panjang bab DUIT.

Gi mampuih la orang nak kabo aku ni kedekut ke apa tapi aku memang kedekut ngan diri sendiri HAHAHAHAHHAHA tapi ngan orang lain alhamdulillah masih moderate.

Tadi lepak ngan geng geng PJ. Yang takde Anis je. Gi Sunway memasing bawak baby. So kitorang gi la makan kat Madam Kwan.

Bukak je menu, aku terus telan air liur. Mahei nak mampuih. Orang lain da order, aku tanya orang tu makan apa sedap. Dia suggest Sang Ha noodle ngan ape mende tah agi satu. Aku skali imbas tengok rege dia RM17. Aku pun order la.

Sesampai tengok perghh gila beso udanggg semua cam teruja. Aku dengan bangganya kaco la kuah ngan yeemee tu. Tengok udang sikit punya tempting aku terus ngap sambil berseloroh

Eny : "Weh tah tah ni menu yang paling mahal KAHKAHKAH"
Ya : "Yela wei aku rasa cam dalam RM30 lebih ke RM40,"

Tetiba lamunan terhenti. Apa yang telah aku lakukan..

...
....
......

Ya check harga kat menu.

Ya : "Yela wei RM39 ngko... tu saiz medium, aku tatau la udang ko tu saiz apa,"

Semua gelakkan aku. Tapi sebenarnya semua gelakan tu aku dengar samar samar je. Makin lama aku tengok Adam makin jauh.

Secara tenang aku makan perlahan yeemee tu. Dengan carutan sekilas di hati tapi ditepis ngan istighfar berulang kali. Sesungguhnya tu la rezeki aku di tengahari hari ini.



KALAU LA AKU ADE KAT RUMAH.. DENGAN PINGGAN PINGGAN AKU JILAT SEKALI.. RM39 WEI NAYA BETOI. HARAM WEIII PERANGAI CLUMSY ENY NI TAK SEMENGGAH MENYAKITKAN HATI SUNGGUH. ENY GI NINGGEI SEKARANG DAH AKU STRESS BYE