20 March, 2016

KISAH AYAM GORENG



Semalam Abang balik keje lewat dalam kul doblas kot. Pehtu aku pun sesiap la makanan letak ataih meja kan. Pastu abang pun sesiap basuh tangan nak makan tetiba dia tanya

Abang : "Awak beli ayam eh?"
Aku : "Eh cane abang tahu,"
Abang : "Eleh abang tahu.."

Aku pun pelik sangat la yela rasanya belen ayam goreng bodo yang aku takeaway petang tu tulang2 dia sume dalam polisterin takkan la laki aku rabek polisterin tu kan aku da buang kot dalam tong sampah

Abang : *sambil finger point kat ayam goreng atas meja* "Tu ha ayam tu awak mane reti goreng ayam camni,"

Aku tercengang kejap. Serius laaa serius laaaaa HAHAHAHHAHAHAHA

Aku : "Abang puji Eny ke ni? Serius la abang puji Eny? Hahahahahaha ni Eny goreng la HAHAHAHAHAHHAHAHAH"

Rasa cam nak buat kenduri. Seronok betui aku. Laki aku terus sengih nyesaiiii hahhahahahahahahahahahha

Padan muka hahaha nampak sangat ayam goreng aku rupa dia power. Skali da makan, hmmm dalam merah sikit lagi aaaaaaa benci!

Tapi yang penting Abang puji aku kahkah

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila