26 March, 2016

SAPE MANGKUK SKANG

Cam biasa rutin jumaat, exfoliate muka. Seronoknyeee. Koko, Madu dan Gula la pilihan saya!

Memula aku amek satu sudu kecik gula, pastu aku amek satu sudu kecik koko. Pastu baru teringat eh nak amek tepon la nak tepon laki aku.

Pastu aku nak amek madu plak. Aku tengok madu takda di tempat dia. Cari punya cari tak jumpa. Hmm takkan la dah habis?

*maka dengan itu seorang Eny pun ber-monolog*

'Abang habiskan ke?'
'Mak nak botol punya pasal ke buang madu tu?'
'Aku alih ke sebab takut panas kan madu kene periuk nasik?'

Bukak peti ais. Ha jumpa botol yang sama! Sekali tengok rupanya stok bilis. Hampa. Aduhh aku baru nak manjakan muka.. buang tong sampah jela nampaknya gula ngan koko ni. Hmm.

Pastu aku buat keputusan aku nak givap, Elok je aku nak amek bekas yg aku isikan ngan gula ngan koko tu, tetiba elok je wei botol madu sebelah bekas koko gula. SEJAK BILA KO ADA KAT SITU????

HMM rupanya sebelum aku amek tepon tu aku mmg dah amek dah botol madu tu letak atas meja, aku tak jadi isi lagi dlm mangkuk sebab aku mangkuk sudu dah kene koko, So kene cuci dulu kalau nak cedok madu. Pastu aku gi amek telefon maka terkontang kanting la botol madu kat situ.

CITE DIA SKANG NAPA AKU TAK NAMPAK??????

JAHANAM BETOI ENY

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila