13 March, 2016

SESUNGGUHNYA AKU KECEWA NGAN DIRI SENDIRI

Lama tak update blog.

Hari ni hari yang sangat menyedihkan. Aku jarang mengalami mende cam ni sebab aku sangat berhati hati dan sangat berfikir panjang bab DUIT.

Gi mampuih la orang nak kabo aku ni kedekut ke apa tapi aku memang kedekut ngan diri sendiri HAHAHAHAHHAHA tapi ngan orang lain alhamdulillah masih moderate.

Tadi lepak ngan geng geng PJ. Yang takde Anis je. Gi Sunway memasing bawak baby. So kitorang gi la makan kat Madam Kwan.

Bukak je menu, aku terus telan air liur. Mahei nak mampuih. Orang lain da order, aku tanya orang tu makan apa sedap. Dia suggest Sang Ha noodle ngan ape mende tah agi satu. Aku skali imbas tengok rege dia RM17. Aku pun order la.

Sesampai tengok perghh gila beso udanggg semua cam teruja. Aku dengan bangganya kaco la kuah ngan yeemee tu. Tengok udang sikit punya tempting aku terus ngap sambil berseloroh

Eny : "Weh tah tah ni menu yang paling mahal KAHKAHKAH"
Ya : "Yela wei aku rasa cam dalam RM30 lebih ke RM40,"

Tetiba lamunan terhenti. Apa yang telah aku lakukan..

...
....
......

Ya check harga kat menu.

Ya : "Yela wei RM39 ngko... tu saiz medium, aku tatau la udang ko tu saiz apa,"

Semua gelakkan aku. Tapi sebenarnya semua gelakan tu aku dengar samar samar je. Makin lama aku tengok Adam makin jauh.

Secara tenang aku makan perlahan yeemee tu. Dengan carutan sekilas di hati tapi ditepis ngan istighfar berulang kali. Sesungguhnya tu la rezeki aku di tengahari hari ini.



KALAU LA AKU ADE KAT RUMAH.. DENGAN PINGGAN PINGGAN AKU JILAT SEKALI.. RM39 WEI NAYA BETOI. HARAM WEIII PERANGAI CLUMSY ENY NI TAK SEMENGGAH MENYAKITKAN HATI SUNGGUH. ENY GI NINGGEI SEKARANG DAH AKU STRESS BYE

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila