23 April, 2016

TENENENENE!

Seharian ni laki aku duk bahan aku rempit je. Seronok bila ko tengah baring kat katil nyusu anak tetiba dengar bunyi orang mengemas mainan kat bawah. Hihi laki aku tetiba datang saka rajin dia memang rasa bagaikan dunia ini aku yang punyaaaaa

Lagi lagi seharian merewang ke ikea la pastu sambung gi empire pulokkk memang letih tahap azkaban aku dah givap dah nak bukak mata pun susah.

Tapi tengah duk layan bunyi kekemas kelentung kelentang tetiba mainan Adam yang memekak tu berbunyi. Pastu lagu bertuko tuko pulak tu hahahaha kompem laki aku kalut cari button on off hahahahahahhaa padan muka

Tu la balasannya akibat daripada membahan aku rempit arini. Allah bagi cashhh!!! *tetiba

Tobat aku pakai gitu dah! Tobat!

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila