20 May, 2016

TOLONG LA JANGAN LIBATKAN ORANG

Aku tak paham wujudnya manusia yang pentingkan emosi diri daripada kepentingan lain contohnya perasaan orang sekeliling. Takde sekelumit perasaan bersalah ke bila kau rasa kau takde mood, pastu orang lain kena tempias? Tak boleh ke simpan dalam dalam je perasaan sakit/sebu tu tanpa orang lain tahu?

Kenapa perlu kemurungan diri melibatkan orang lain? Kenapa perlu orang tahu yang kau murung? Kenapa perlu "bila aku takde mood, kau kena dengar cakap aku?" KENAPA?

Aku memang tak paham kenapa ada manusia yang tak boleh tersenyum simpan sakit kat hati? Apa kau dapat bila kau pamerkan kat orang "TAKDE MOOD" kau tu?

Aku ni pesen sakit hati camne pun kat sesiapa, orang tak tahu, kecuali suami aku.

Aku gak pesen kalau orang buat tahi ke apa, aku cepat melenting (mungkin itu dulu) sekarang mampu mengomel dalam hati jela. Tapi laju je aku maafkan (ke aku terlupa sebenarnye)

Kalau period pain tu, hmm tu satu hal lagi. Aku takleh terima orang bersama alasan PMS untuk ko mengamuk, orang lain cakap ngan ko ko buat pekak, ikut kepala ko, ikut mood ko, asyik nak angin je, terasa melebih lebih. GELABAH JE KO NI SEBENARNYA. AKU PUN PEREMPUAN KAMON LA

TOLONG LA JANGAN LIBATKAN ORANG.

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila