Showing posts with label aku pun tak paham. Show all posts
Showing posts with label aku pun tak paham. Show all posts

20 May, 2016

TOLONG LA JANGAN LIBATKAN ORANG

Aku tak paham wujudnya manusia yang pentingkan emosi diri daripada kepentingan lain contohnya perasaan orang sekeliling. Takde sekelumit perasaan bersalah ke bila kau rasa kau takde mood, pastu orang lain kena tempias? Tak boleh ke simpan dalam dalam je perasaan sakit/sebu tu tanpa orang lain tahu?

Kenapa perlu kemurungan diri melibatkan orang lain? Kenapa perlu orang tahu yang kau murung? Kenapa perlu "bila aku takde mood, kau kena dengar cakap aku?" KENAPA?

Aku memang tak paham kenapa ada manusia yang tak boleh tersenyum simpan sakit kat hati? Apa kau dapat bila kau pamerkan kat orang "TAKDE MOOD" kau tu?

Aku ni pesen sakit hati camne pun kat sesiapa, orang tak tahu, kecuali suami aku.

Aku gak pesen kalau orang buat tahi ke apa, aku cepat melenting (mungkin itu dulu) sekarang mampu mengomel dalam hati jela. Tapi laju je aku maafkan (ke aku terlupa sebenarnye)

Kalau period pain tu, hmm tu satu hal lagi. Aku takleh terima orang bersama alasan PMS untuk ko mengamuk, orang lain cakap ngan ko ko buat pekak, ikut kepala ko, ikut mood ko, asyik nak angin je, terasa melebih lebih. GELABAH JE KO NI SEBENARNYA. AKU PUN PEREMPUAN KAMON LA

TOLONG LA JANGAN LIBATKAN ORANG.

22 October, 2014

Nasziroh Last Wasted Party

Kelako la plan nak prank Iput menjadi plak. Aku gelak cam nak mati HAHAHAHA!

Nak buat bachelorette party untuk bakal perantin yang dah tak lama lagi dah mejelis nyeee. Aku ngan Ijad plan nak buat kat Johnny Rocket sebab ade unsur unsur Harlem Shake. Yela minah ni memang suka nau harlem shake HAHAHAHA tapi last minit tukaq venue aku pun tak paham kenapa. Deme kate nak murah, tapi pegi Jibby n Co cam lagi mahal je T_____T

Takpelah mende nak jadi. Aku sedih jugak sebab tak buat kat Harlem Shake tu Ijad pun dapat tau pun dia tak jadi nak join sebab dia plan nak buat video bagai. Ntah la abaikan jela.

Aku memang tak reti la kan nak order kat situ sebab mahal nak meninggal. Laki aku order lasagna since mende tu daging aku bole la makan la kalau ayam memang aku tak hadap la. Tajuk makanan pun cam payah nak hadam je. Orix la ape la si Citor bantai order oxtail pemende tah. Aku ingatkan ape rupanya ekor kerbau KAHKAH nak taknak telan jela mahei kotttt T____T



Ni strawberry milkshake kot. Aku order strawberry gak tapi lain la ape mende tah namenye lupa la. Strawberry Mocktail kot. Kecik je gelas je RM15 tak ke meninggal huuu huuuu *lari lelaju hempas pintu*


Tema black and white. Sume pakai black n white aku ngan laki aku pakai blue black since kitorang takde baju hitam kan (tak basuh lagi senanye) time ni si Iput cam tensen je sebab dia gi Jakel cari lace dia sume dah sold out so cam tak bape nak ada mood la.

Ok camni plan dia memang nak kenakan Iput la then deme buat wasep group acah acah cam nak prank kan aku nye birthday. Birthday aku 24 oct lagi dua hari kan dia cam semangat je nak buat kek la ape la dia tak tau dia yang kena prank sebenarnye kannn

Sebenarnye dah kantoi dah sebab si Cima la bleh pulak tanya pasal beceleret ni kat group yang ade Iput kan. Kantoi bodo camtu je si Ya siap remove Iput lagi la nampak kantoinya HAHAHA tepuk dahi jela. So apa lagi malam tu kitorang spam kaw kaw group kasi sumenye keatas so Iput takdela suspek pape tapi aku cam tak yakin je.

HAHAHAHA REDHOOOO


Laki aku pegi beli Pavlova untuk Iput. Iput cam tak peduli la dia pikir cam laki aku nak pegi beli cake untuk aku la kekonon nak sepraiskan aku kononnn. Pas siap makan sume pekerja pekerja Jibby n Co tu bawak keluaq la Pavlova tu  sambil nyanyi lagu Happy Birthday (aku pelik jugak kenapa happy birthday laki aku cakap deme tau lagu tu je T___T) HAHA tapi ok gak aku tengok Iput gelak cam nak  mati berserta muka puas sebab berjaya prank kan aku. Dia nyanyi lagu epi beday kuat gila kot aku dah tak tahan dah nak gelak skali waitress tu letak Pavlova tu depan muka dia terus dia cam "Weh apsal aku plak weiii apasalll," blur gila muka wakakkakakakka!


Gelak paling kuat tu aku la tu. Dia cam pening dia kata sampai balik pun dia ngadu kat tunang dia cam takleh nak absorb apa yang berlaku sebab dia tak sangka la sume ni akan jadi camni. AHHAHA nasib baik dia tak buat cake weh kalau dia buat cake memang aku gelak lagi kuat la kot hahahahahahahha!


Ok Nasziroh ko lagi bape hari je dah nak jadi bini orang. Memang stress nak wat preparation pasal kawen ni aku paham sangat tapi enjoy jela segala moment kan. Mungkin kita tak dapat perfect cam apa yang kita nak tapi alhamdulillah segala apa yang kita dapat tu jela rejeki kita Allah nak bagi.

Bak kata bapak mertua aku, kalau dapat Alhamdulillah. Tak dapat pun Alhamdulillah. Segala apa yang berlaku ada hikmahnya.

25 August, 2014

tips penjagaan dan memutihkan gigi

Pening la kepala aku pagi ni plus perut lapar gila padahal sebelum tidur aku dah bantai indomee (tabiat apakah ini?) ok fine tiada maknanya lagi diet bagi seorang Eny selepas kahwin kahkah aku makan je apa aku nak sampai la skang aku sakit perut keliru aku ni lapar ke nak berak err =_="


Semalam ke kelmarin tah mak bagi aku toothbrush darlie sebab aku salu mengadu gusi asyik berdarah je tanpa mengira masa dan ketika bila berus gigi je mesti cam kene tumbuk kahkah itu mungkin petanda gusi tak sihat tapi alhamdulillah aku tak pernah lagi kena gigi berlubang (ada kaitan ke?) or apa apa masalah berkaitan dengan gigi ok jela setakat ni.

Aku memang da beli berus gigi soft tapi tak menjadi gak. So mak aku pun suggest berus gigi Darlie ni. Dah la kale hitam so nampak rare la kan tak pernah tengok berus gigi kale hitam (tipu padahal selalu je nampak kat Mydin cuma sendiri je terasa taknak membeli sebab nampak pelik)

Ok la sekarang masa untuk sedikit testimoni. Kira macam Darlie Charcoal Clean Toothbrush (less that 0.01mm) review le ni kahkah!

 So far aku pakai berus gigi ni memang superb la da la halus gila memang masuk la kat celah celah gigi aku puas je and rasa cam sangat bersih.

Lepas makan sure rasa cam nak berus gigi. Lagi lagi pas makan mihun cik bedah gigi kompem penuh dengan cili.

Doc suggest kan pakai pengorek gigi jenis benang aku takleh bayangkan ko nak tarik benang area gigi graham  cam jauh je =_= doc kata kalau korek sisa makanan kat gigi kalau guna benang yang ada batang tu ia akan membuatkan sisa makanan tu termasuk kat dalam lagi bahagian gusi.

Aku rasa ngeri la aku ni tak pernah buat scaling gigi tah kenapa aku rasa banyak gila sisa makanan yang da masuk tapi tu la aku ingat nak buat scaling secepat mungkin la cuak pulak T_T

Pasal ubat gigi pulak, aku ade terbaca kat blog mana tah. Dia pakai braces. Dia pun ambik gambo sebelum dia pakai braces and selepas dia tanggalkan braces. Seriously cantik! Cantik tang tersusun takyah cakap la. Masalahnyaaa putih semacam!

Tahu tak dia pakai apa? Dia pakai ubat gigi ni.



Ni pun kira aku dah buat Darlie All Shiny White Lime Mint Review gak la ni HAHAHA actually tak berapa suka sangat gel punya toothpaste ni but since awek tu cakap camtu, aku pun rasa nak try pakai. So far bau mulut pun best. And pas gosok gigi mulut rasa segar melampau. And aku suka!




Awek tu cakap lagi dia tak lupa untuk berkumur menggunakan cecair pengumur berjenama Colgate Plax. Mende ni penting jugak untuk memutihkan gigi. Doc pun sarankan pakai pengumur ni selepas makan at least 3 kali sehari sebab dia leh keluarkan sisa makanan contohnya cili kat bahagian yang senang terselit.

Aku pun amalkan mende yang sama. Wkwkwkwkw berangan nak gigi putih lettewww hahahahahah!

Takpela aku harap gigi aku takde la masalah apa apa kena cabut ke ape ke hopefully ok la aku sayang la gigi T_T

Ok bye nak siap gi keje.

19 August, 2014

attention seeker

Aku nak taip sesuatu tadi. Tapi aku rasa cam tak proper kalau aku nak cerita public kan kesian laki aku walaupun tu sume bagus nak share sebab pengalaman kan tapi aku rasa setiap mende ada limit nya and tak sume kau perlu cerita kat orang.


Maaf, gambar si Mushtash mata sepet ni memang tiada kaitan langsung dengan entry.

*sambung*

Kadang kadang aku tak faham dengan orang yang TIDAK mengenal erti PRIVASI even sendiri punya privasi pun tak reti nak jaga semua mende nak di cerita sampai dalam kain pun tak malu nak cerita. Lagi lagi kat facebook ada yang pesen penuh timeline ngan masalah rumah tangga dia, marah ngan laki nak cerita kat facebook, marah ngan abang adik beradik makcik pakcik nak cerita kat facebook.

Tak pasal pasal orang tau pasal ko. Niat ko nak meluah tu tak kena cara. Walaupun kau tak mention laki kau yang kau tengah marah beliau, tapi ia adalah sangat ketara sampai orang pun boleh teka.

Lagi satu dah panjang cerita tu, bila orang komen sama ada betulkan atau kutuk ; kau marah. Padahal kau yang cite. Sape suruh? =_=

Semalam ada la satu mende ni jadi kat twitter. Bunyi dia cam attention seeker yang mengaibkan so tak mungkin la aku nak share kat sini tapi aku yang aku tak paham, bila mende tu da jadi, kenapa perlu screen shot, upload and publish? Bersama dengan tajuk yang tak boleh blah yang aku rasakan kau pun pesen tak boleh nak pikir panjang tahape hape la dah la kau tak sensor nama dia avatar dia. Apa ke hei nyee T_T

Ish memang aku tak paham. Btw memang aku nak sangat cerita pasal yang aku nak cerita awal awal tadi hahaha sebab tu yang tengah membelengu jiwa aku skang tapi takyah la. Malu. HAHAHAHA

OK BYE