10 November, 2016

DURIAN DIGITAL'S VOICE OVER AUDITION : MIKA & HANA!


Semalam aku pergi audition Didi And Friends! Kali ni DD cari voice talents untuk animasi versi islamik. Sebenarnya aku memang dah bagitahu laki aku yang aku nak try nasib. Tapi laki aku dia tak dapat anta sebab weekdays. Aku pun dah pasrah dah sebenarnya.

Pastu pagi tu bangun tido aku pun sesiapkan anak aku, laki aku yang nak pi keje. Pastu aku rasa cam nak pegi jugak audition tu. Aku pun jenuh la mencari mana la iklan tu duk jenguk wall fb si Sham Hardy sebab dia yang tagged aku suh aku pegi try.

Tengok tengok start pukul 10 pagi. Damn mase tu dah pukul 9 kottttttttttttt. Aku check Waze, 34 minutes nak sampai sana kalau dari Shah Alam. Aku terus call laki aku tanya sempat tak kalau aku gi sekarang. Laki aku kata tak sempat la jem la. Aku pun dah pasrah sobs. Aku call mak aku suh sesiap japgi uber mai. Mak aku duk bebel bebel dah makan masa 5 minit dah.

Letak je telepon terus aku mandi lelaju nyempat jugak la aku mekap sementara tunggu mak aku sampai.

Sampai je mak aku, terus gerak! Waze kata aku sampai nanti pukul 10.04am. OK LA KANNNNN

Sampai je Cyberjaya, cam bese la. SESAT. Duk mencari la mane la dia Block C kat Co-Place 2 tu. Jenuh. Aku tengok ramai gak sesat mencari. Lega gila sebab bukan aku sorang yang lambat KAHKAH

Last last jumpa. 10.30am jugak la aku sampai. Rasa macam mimpi. Padahal tadi dah pikir dah malas nak gi. Tu la orang kabo nak seribu daya taknak seribu dalih.


Budak kenit ni dah kelam kabut tak padan ngan kenit
Salah satu dari script yang aku kena nyanyi satgi


 Turn aku no 9. Aku eksaited sangat. Aku rasa cam kompiden sangat so aku pun tak bape nak berlatih pas dapat script. Dia suh pilih, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, ngan Arabic. Aku pilih Malay ngan English.

Bahasa Melayu takda pilihan. Ade satu je.

English ada 3 pilihan. Lagu Twinkle Twinkle Little Star, lagu If You Happy and You Know It, ngan lagu Itsy Bitsy Spider. Opkos aku pilih lagu twinkle twinkle. Senang sebab aku duk salu nyanyi kat Adam kakakaka.

Sampai je turn aku, aku pun start la ngan script bahasa melayu. Orang tu tanya aku, aku keje mana. Aku kabo ler aku surirumah. Dia tanya ehh da kawen keeee. Aku pun kabo da ade anak satu daaaaa. Dia cam ehh yekeee haa kenapa suara awak macam niiii 😂

Aku bagitau diorang, aku pernah gi audition Lescopaque, ngan Didi and Friends jugak.

Pas aku nyanyi tu, dia suruh aku try lagu didi. Dia kata kot nak cari suara didi ke kan. Aku pun nyanyi lagu tayar bas. Hahha diorang semua excited. Aku pun jadi excited la. Jangan tak dapat sudah!



Aku kalau tengok lagi didi and friends tu. Masa last kan dia ade tunjuk list didi sape nye suara, nana sape nye suara. Aku duk pikir bila la nama aku nak kua kat situ. Ahhhh berangan la Eny

Jangan berharap sangat. Karang kecewa apa pun tak dapat kahkah sekian

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila