13 December, 2020
PKPB ni apa???
10 December, 2020
Eny Dah Tua.
Tu pun teringat masa kat dalam toilet, duk pikir bestnya tahun depan Sara sekolah.. Adam lak sekolah pagi petang.. tetiba tersentak! SEKOLAH AGAMA ADAM! Kelam kabut aku sesiap. HAHA. Nasib baik masih ada kekosongan. Rejeki.
Tapi dalam kelas dia, sorang je yang dapat masuk SRAI. Wow. Susah betul ke nak masuk SRAI ni? So darjah dua nanti nak try apply tengok camne. Tapi kena sekolah biasa dulu la tapi. Takpelah. Sis cuba.
Banyak gak nak guna duit masuk sekolah ni. Baju sekolah kebangsaan 5 pasang. Baju sekolah agama 5 pasang 5 pasang. Kasut 2 pasang. Lencana bagai. Baju sukan. Buku lagi. Aktiviti lagi.
Ayaiaiaiaiaiiaia anak aku dah darjah satu woi!!!!
Sebenarnya aku yang dah makin tua. Sobs.
28 November, 2020
Resepi Burnt Cheesecake 6 Bahan : Happy Birthday Husband!
Hari ni birthday Zelo. Dah masuk 31 tahun. So semalam nak buat cake, aku call bake with yen shah alam nak beli bahan. Kemain langsi lagi eh cina yang angkat tepon. Ei dia punya kerek sampai aku cancel beli. Biadap gila.
So aku mintak Maryam tolong belikan. Aku lepas minah tu biadap aku cam dah malas dah. Ingat nak beli secret recipe je. Tapi mandangkan teringat ingat laki aku suka benor burnt cheesecake sampai dia pernah mintak aku buatkan (dia jarang la mintak aku buatkan kek bagai ni) so aku buat gak la pagi esoknya.
So nak jadi cerita malam tu aku order KFC. 9 ketul. Habis! Adam makan dua ketul wowzes tak pernah la dia makan ayam habis dua ketul. Suka sangat tu.
Springform Pan |
Push Pan |
27 November, 2020
Cheapskate.
Tengok ni, teringat diri sendiri. Aku syak camni la rupa aku. Cheapskate. HAHAHAHAHA.
Tapi betul. Aku mana suka beli mahal mahal. Baju ke seluar ke makan ke ape ke. Rasa rugi gila beli mahal mahal.
Teringat dulu masa awal kawen, Zelo bawak aku gi kedai steak chef ape tah kat Seksyen 13. Harga beratus. Aku ajak Zelo keluar kedai. Kitorang beli air je. Tu pun dekat tiga puluh ringgit air je. Aje ke gileeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Last last kitorang makan kat Polperro (kot?) Haa dapat gak makan lambchop.
Bila dah bape tahun kawen, baru la paham apa beza dia. Kenapa mahal. Kenapa murah. Sekarang ok je kalau nak makan mahal. Dah tak rasa masalah. Malah lagi gembira tak terkata.. sebab tak payah masak. KAH!
Masa awal kawen, aku ada habit menyimpan duit. So aku memang jimat sangat sangat. Sebulan simpan RM700 untuk kawen. Keje pulak Shah Alam-KL. Nak bayar kete lagi, servis kete lagi. Minyak, tol. So memang berdikit dikit la orang kabo. Zelo pulak masa tu pun baru keje saing saing aku jugak la. So aku paham la kondisinya. Walaupun dia kata.."Takpe.. takpe.." Aku tetap buat palatao.
Jun 2017. Gambar takda kaitan. Saje selit. |
Makanya sampai sekarang aku masih kedekut bab pakaian aku. Even laki aku yang belikan. Aku jenis pakai sampai barai. So jarang aku buat preloved. Sebab aku rasa rugi aku jual sebab nanti kena beli baru. So pakai jela apa ada. Tapi kalau baju tu da tak elok, idok la aku pakai. Tapi baju aku banyak je yang elok elok cuma tak muat je sebab gemok.
Hari tu berat aku naik mendadak jadi 64.5kg. Ngeri dia sampai baju peknen pun tak muat. Ngeri kannnn. Down gile semua baju da tak muat. Lengan dah jadi macam minah rempit ketat gila. Belakang pun berlipat lipat. Nak gi kenduri pun takde baju dah.
So usaha turunkan berat. Now dah 58kg. Syukur baju dah muat. So takyah la aku beli baju kan?
HE HE HE.
Tadi baca fb post Nurulism, dia suka pegi mall sebab nak tengok fashion terkini. Dia suka shopping baju. Aku pun suka tengok dia. Ropol ropol la apa la ei comei. Aku rasa salah satu sebab aku tak beli baju adalah.. AKU BUTA FASHION. Aku tak rasa pun aku pakai lawo. Kalau acah acah nak cuba benda baru, last last duk jela dalam almari tu tak pakai.
Payah tul jadi Eny.
Misi kurus target berat aku 45kg. So semua baju aku boleh pakai.
GOOD LUCK ENY!
26 November, 2020
#BekalSuami : Daging Masak Kicap
Since semalam berkobar kobar taknak blog jadi blog sampah, makanya aku pun nak share resepi. Ni bekal aku bawak untuk Zelo pagi tadi.
Tukun Tu Apa?
Aku rasa sejak ada desktop ni, aku bukan minat nak buat design. Jauh sekali cameo sebab cameo kene print dulu, baru potong. Nak print kena design dulu. Cite dia sekarang aku design pun tak. Blerghhh.
Aku rasa aku lebih kepada berblog. Tahape hape la. Padahal berapa lama dah blog ni tinggal dah jadi tukun dah.
Kenapa la aku sebut tukun. Spoil mood betul.
Aku tak cerita pasal tukun. Aku nak cerita hari ni aku emosi. Dan aku meluah di twitter. Jarang berlaku ya kawan kawan. Geram tak terperi. Yela aku manusia biasa. Logik la kan aku emo.
Since aku dah start blogging. Apa kata aku jadi rajin share tips dan info supaya blog ni tak jadi blog sampah. Tak jadi tukun. Hmm tukun lagi. So nak taknak aku kena jugak la cerita pasal TUKUN.
Korang tahu tak tukun tu apa? Tak tahu? Jangan risau. Aku pun baru tahu tadi.
Tukun tu artificial coral. Benda yang macam kapal lama ke, besi ke. Orang campak dalam laut, jadi tempat ikan membiak sampai naik coral betul kat situ. Sampai naik plankton, lumut, algae bagai.
Tu tukun. Kalau ko rasa ko baru tahu tukun tu apa, ko jangan rasa ko ketinggalan sorang sorang sebab aku pun baru tahu. So marilah bersama secara berjemaah ya. Sekian
25 November, 2020
Alasan.
23 November, 2020
Kejutan
Selingan. Lawak yang aku rasa perlu direkodkan. |
Thank You Nisah belikan puzzle untuk bebudak. Semua enjoy main <3 |