28 November, 2020

Resepi Burnt Cheesecake 6 Bahan : Happy Birthday Husband!

Hari ni birthday Zelo. Dah masuk 31 tahun. So semalam nak buat cake, aku call bake with yen shah alam nak beli bahan. Kemain langsi lagi eh cina yang angkat tepon. Ei dia punya kerek sampai aku cancel beli. Biadap gila.

So aku mintak Maryam tolong belikan. Aku lepas minah tu biadap aku cam dah malas dah. Ingat nak beli secret recipe je. Tapi mandangkan teringat ingat laki aku suka benor burnt cheesecake sampai dia pernah mintak aku buatkan (dia jarang la mintak aku buatkan kek bagai ni) so aku buat gak la pagi esoknya.

So nak jadi cerita malam tu aku order KFC. 9 ketul. Habis! Adam makan dua ketul wowzes tak pernah la dia makan ayam habis dua ketul. Suka sangat tu.

Adam pulak semalam sibuk buat kad untuk Zelo. Sebelum Zelo balik tu aku cakap kat dia aku nak order KFC untuk birthday abah.
Adam : “Tapi birthday abah esok bukan hari ni,”
Aku : “Okay. Kalau camtu japgi nanti abah balik Adam nak cakap apa kat abah?”
Adam : “Happy Birthday, Abah!”
Aku : “Tapi birthday abah esok?”
Adam : “Tapi Adam tak boleh sabar..”

Sebab aku tahu bebudak dah tak boleh sabar la kita makan kepsi malam tadi 🤣
Pagi ni aku turun turun terus buat burnt cheesecake kegemaran birthday boy nak makan petang. Pastu Sara dah bising “Abah! Abah! Mama buat cake birthday Abah!”
Memang memasing pesen tak menyabor hahaha tak seperais langsung! Hahahahahhaahha!

Sampai nak makan kek, dia makan suku wei! SUKU! Banyak gilaaaa. Hahaha rasa seronok dan puas hati susah payah buat Burnt Cheesecake untuk seketul suami.

Seperti biasa, oleh kerana sis nak semua orang rasa blog ni berguna.. Sis nak share resepi. Resepi Burnt Cheesecake.

Burnt Cheesecake ni aku dapat resepi dari Danish Harraz. Tapi aku olah sikit je. Sikitttt je. Haha. Bahan bahan dia simple. But a bit pricey. Tapi bila ko makan, dah tak pikir dah berapa ringgit ko berhabis beli cheese tadi. Best gilaaaaaa.



Resipi Burnt Cheesecake.

1000 grams Cream Cheese, lembutkan.
7 biji Telur Gred A atau B
1 cawan Castor Sugar (aku guna castor sugar banyak ni. Just nice tak manis sangat)
1/4 cawan Tepung Gandum
2 cawan Dairy Whipping Cream
1 sudu teh Vanilla Esen (ni Danish tak letak. Aku bubuh sebab banyak guna telur. Aku tak suka kek bau telur)

Cara-cara

On oven. Panas oven set 200°C api atas bawah. Memang burnt cheesecake guna suhu tinggi camni sebab nak kasi ada effect burn tuuu.
Burnt Cheesecake sesuai pakai springform/push pan supaya senang nak keluarkan dia dari acuan.

Springform Pan

Push Pan



Alas springform/push pan 9" tinggikan lebihan baking paper supaya kek tak melimpah keluar. Dia memang akan naik tinggi dari pan, jangan cemas gais.

Bakar dalam oven api atas bawah selama 1 jam-1 jam 20 minit, sehingga bahagian atas cheesecake gelap macam terbako tapi seksi gitu. Biarkan betul sejuk sebelum keluarkan dari baking pan. Kalau aku, aku pas masak tu aku biarkan kejap. Pastu aku terus buh dalam peti ais. Macam pagi tadi aku biar dalam peti ais dari pagi sampai kul 5 petang gitu. Just nice dah. Danish kata paling sedap dimakan selepas disimpan semalaman didalam chiller.

Setel.

Aku rasa ni kek paling senang didunia. Tak renyah. Cuma harga je boleh tahan. Tapi kalau ko suka cheesecake, ni paling berbaloi. Ni kat kedai satu slice mau RM18 tau!

BTW, HAPPY BIRTHDAY SUAMIKU!

Mama upload dalam whatsapp group sambil wish birthday Zelo. Hihi rambut sama serabai dengan Adam. Dahi tak lari. HAHAHAHAHHA Aduduudududududu


27 November, 2020

Cheapskate.

 


Tengok ni, teringat diri sendiri. Aku syak camni la rupa aku. Cheapskate. HAHAHAHAHA.

Tapi betul. Aku mana suka beli mahal mahal. Baju ke seluar ke makan ke ape ke. Rasa rugi gila beli mahal mahal.

Teringat dulu masa awal kawen, Zelo bawak aku gi kedai steak chef ape tah kat Seksyen 13. Harga beratus. Aku ajak Zelo keluar kedai. Kitorang beli air je. Tu pun dekat tiga puluh ringgit air je. Aje ke gileeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Last last kitorang makan kat Polperro (kot?) Haa dapat gak makan lambchop.

Bila dah bape tahun kawen, baru la paham apa beza dia. Kenapa mahal. Kenapa murah. Sekarang ok je kalau nak makan mahal. Dah tak rasa masalah. Malah lagi gembira tak terkata.. sebab tak payah masak. KAH!

Masa awal kawen, aku ada habit menyimpan duit. So aku memang jimat sangat sangat. Sebulan simpan RM700 untuk kawen. Keje pulak Shah Alam-KL. Nak bayar kete lagi, servis kete lagi. Minyak, tol. So memang berdikit dikit la orang kabo. Zelo pulak masa tu pun baru keje saing saing aku jugak la. So aku paham la kondisinya. Walaupun dia kata.."Takpe.. takpe.." Aku tetap buat palatao.

Jun 2017. Gambar takda kaitan. Saje selit.

Makanya sampai sekarang aku masih kedekut bab pakaian aku. Even laki aku yang belikan. Aku jenis pakai sampai barai. So jarang aku buat preloved. Sebab aku rasa rugi aku jual sebab nanti kena beli baru. So pakai jela apa ada. Tapi kalau baju tu da tak elok, idok la aku pakai. Tapi baju aku banyak je yang elok elok cuma tak muat je sebab gemok.

Hari tu berat aku naik mendadak jadi 64.5kg. Ngeri dia sampai baju peknen pun tak muat. Ngeri kannnn. Down gile semua baju da tak muat. Lengan dah jadi macam minah rempit ketat gila. Belakang pun berlipat lipat. Nak gi kenduri pun takde baju dah.

So usaha turunkan berat. Now dah 58kg. Syukur baju dah muat. So takyah la aku beli baju kan? 

HE HE HE.

Tadi baca fb post Nurulism, dia suka pegi mall sebab nak tengok fashion terkini. Dia suka shopping baju. Aku pun suka tengok dia. Ropol ropol la apa la ei comei. Aku rasa salah satu sebab aku tak beli baju adalah.. AKU BUTA FASHION. Aku tak rasa pun aku pakai lawo. Kalau acah acah nak cuba benda baru, last last duk jela dalam almari tu tak pakai.

Payah tul jadi Eny.

Misi kurus target berat aku 45kg. So semua baju aku boleh pakai. 

GOOD LUCK ENY!

26 November, 2020

#BekalSuami : Daging Masak Kicap

Since semalam berkobar kobar taknak blog jadi blog sampah, makanya aku pun nak share resepi. Ni bekal aku bawak untuk Zelo pagi tadi.


Resepi Daging Masak Kicap Eny Kitchen

Daging segenggam. Lebih sikit pun okay.
Halia 1/2 inch
Bawang Besar 1biji
Bawang Putih 2 ulas
Blackpepper
Kicap Manis
Sos Tiram 2 sudu
Cili Api
Sedikit Air

Hiris daging. Jangan tebal sangat jangan nipis sangat.
Hiris bawang besar, bawang putih, halia, cili api.

Letak minyak sikit. Tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai naik bau.

Pastu masukkan daging. Gaul gaul, tutup kuali. Biar daging keluar air. Dah rasa daging macam da masak, masukkan sos tiram. Pastu masukkan kicap.

Kicap tu ikut ko la nak buh banyak mana. Ko nak kuah banyak, buh lebih sikit.

Kacau, tutup kuali. Biarkan masak. Tapi jangan lama sangat sebab takut hangit. Agak agak dah okay, masukkan air sikit. Pun sama ikut nak kuah banyak mana. Buh blackpepper.

Bila da siap, time ni la nak letak bellpepper ke ke ape ke.

Aku tak letak dah garam sebab kicap dan sos tiram dah memang masin. Gula pun tak letak sebab kicap dah sedia manis.

Setel.

Aku rasa ni resepi senang sebab aku pepagi masak untuk Zelo bawak bekal since covid ni, aku takut nak suruh dia pergi makan luar. So haruslah menu pun pantas tuntas.

Memang bila bangun pagi ni lemau je rasa nak masak. Tips dia, ko kene cairkan sesiap lauk nak masak tu. kalau ko bangun tido, pastu daging pun beku lagi, memang sadaqallahulazim gais.

Okay. Aku dah tau dah content aku pasni. #BekalSuami tapi cuak la jugak. Maknanya hari hari nak kena masak benda yang berlainan ke? Debor. 🤣

Satu je masalah bila ko masakkan bekal laki ni, ko jadi sugul nak masak apa. Misalnya aku, tajuk lauk pusing pusing tang tu la kan. Masak lemak cili api, sambal udang, kari, ayam bako, ayam goreng, padprik, tomyam. Bila tengahari ko dah masak satu lauk, malam ko da sugul dah nak masak apa pulak. Laki aku ni pesen tak suka kalau lauk tajuk merapu karang tak kenan. Sama la cam Adam tu ha. Nasib Sara cam aku, telan je apa ada.

Payah bebenor.


Tukun Tu Apa?

Aku rasa sejak ada desktop ni, aku bukan minat nak buat design. Jauh sekali cameo sebab cameo kene print dulu, baru potong. Nak print kena design dulu. Cite dia sekarang aku design pun tak. Blerghhh.

Aku rasa aku lebih kepada berblog. Tahape hape la. Padahal berapa lama dah blog ni tinggal dah jadi tukun dah.

Kenapa la aku sebut tukun. Spoil mood betul.

Aku tak cerita pasal tukun. Aku nak cerita hari ni aku emosi. Dan aku meluah di twitter. Jarang berlaku ya kawan kawan. Geram tak terperi. Yela aku manusia biasa. Logik la kan aku emo.

Since aku dah start blogging. Apa kata aku jadi rajin share tips dan info supaya blog ni tak jadi blog sampah. Tak jadi tukun. Hmm tukun lagi. So nak taknak aku kena jugak la cerita pasal TUKUN.

Korang tahu tak tukun tu apa? Tak tahu? Jangan risau. Aku pun baru tahu tadi.

Tukun tu artificial coral. Benda yang macam kapal lama ke, besi ke. Orang campak dalam laut, jadi tempat ikan membiak sampai naik coral betul kat situ. Sampai naik plankton, lumut, algae bagai.

Tu tukun. Kalau ko rasa ko baru tahu tukun tu apa, ko jangan rasa ko ketinggalan sorang sorang sebab aku pun baru tahu. So marilah bersama secara berjemaah ya. Sekian


25 November, 2020

Alasan.




Hari ni siang aku takde buat doodle pun. Anak anak asyik mintak nak tanam seed. Ingat nak buat petang. Sekali tidoq lajak sampai 6.45 petang. Turun turun luar dah gelap.

So malam ni aku kena pulun buat doodle mana yang tinggal. Banyak keje aku.

Dah beberapa hari aku rancang nak kemas belakang rumah, nak alih pasu bawak ke depan. Nak tanam sayur kat luar rumah. Tapi asyik hujan je. K bukan aku taknak buat eh. HUJAN!!

Aku bengang la tanam sayur asyik kene kekah ngan binatang je. Letih la. Dah la nak beli sayur bukan selalu datang rajin nak masak. Bila dah beli kering kejung gitu je. Aku lagi prefer sayur segar kat pasu so bila nak makan, petik je. Zelo selalu bahan aku acah acah green hands. Sis cuba k sis cuba.

Ikan aku beli aritu, mati sekor. Terus tukar air 50%. Harap yang lain panjang la umur. Sebenarnya sedikit sebanyak aku lega la bila dah tukar dari gravel ke soil akuarium aku tu. Senang bela. Takde la nak kene vacuum bagai. Aku tak rajin. So korang kalau nak buat akuarium sila lah letak soil terus. Senang keje. Senang bela. Masa pun tak bazir.

Tengok aku cuba jadi green hands, pencinta haiwan. Bukan ikan je aku bela, siput pun aku bela. Akuarium aku lagi satu tu bila tah nak buh udang balik. Eiii fobia.

23 November, 2020

Kejutan

Aku sekarang sibuk mengumpul duit. Hari tu Zelo belanja desktop. Takde la belanja sangat pun ekceli sebab aku transfer kat dia half. Dia kata nak pergi survey aku pun pikir gak takkan la desktop banyak tu je harganya. Tetiba dia balik bawak satu set desktop. Kejutan betul.


Dia kabo tu birthday present. Wooohooo! Jimat duit aku.

Aku rasa aku buat keputusan yang tepat sebab beli desktop. Memula aku nak beli macbook sebab macbook tahan lama. Tak macam laptop biasa. Tapi aku ni bukan nya nak bawak kehulu kehilir macbook ni sebab aku ada ipad, boleh lukis kat ipad jugak. Portable. So aku rasa desktop pilihan yang bijak sebab bila dah pakai ni, aku suka sangat sebab besar dan puas pakai. Mantap!

So sekarang ni aku kena sambung menabung. Aku nak kena beli harddisk, monitor yang lagi besor, dengan graphic card. Semalam aku saje je gatal tanya Zelo. Aci tak kalau aku nak main game since dah ada desktop bagai ni.

Dia kata baiklah awak lipat baju potpetpotpet hahahahaha nyesal tanya. K aku manusia biasa. Memang malas lipat baju. Siapa yang suka lipat baju sesungguhnya anda adalah mutant. Luar biasa. Power gila. Meh transfer kat aku sikit rajin tu.

Zelo kata aku semua benda nak buat.

Sebenarnya tu semua hobi. Kalau bukan hobi pun, aku rasa aku kena ada. And aku kena ada secara complete baru aku puas. Tipikal alasan, for my mental health ekekekekkkeke.

Selingan. Lawak yang aku rasa perlu direkodkan.
   
Sekarang ni aku duk pikir camne nak jual Narinar since aku pakai benda Narinar ni bapak la best. Aku suka bau dia. Paling suka Claritie. Bau dia wow sangat. Aku suka diffuse Claritie sambil buat kerja. Ni aku tengah pasang la ni tu pasal aku boleh update blog.Wkwkwkwkwk

Aku ni mudah distracted. So aku cam kagum gila dengan diri aku sebab aku boleh siapkan task by task sejak ada Claritie ni. Camne eh. Tak tercapai akalku hahaha. Kalau tak, keje aku mesti halfway siap.

Perangai

Thank You Nisah belikan puzzle untuk bebudak. Semua enjoy main <3