25 November, 2020

Alasan.




Hari ni siang aku takde buat doodle pun. Anak anak asyik mintak nak tanam seed. Ingat nak buat petang. Sekali tidoq lajak sampai 6.45 petang. Turun turun luar dah gelap.

So malam ni aku kena pulun buat doodle mana yang tinggal. Banyak keje aku.

Dah beberapa hari aku rancang nak kemas belakang rumah, nak alih pasu bawak ke depan. Nak tanam sayur kat luar rumah. Tapi asyik hujan je. K bukan aku taknak buat eh. HUJAN!!

Aku bengang la tanam sayur asyik kene kekah ngan binatang je. Letih la. Dah la nak beli sayur bukan selalu datang rajin nak masak. Bila dah beli kering kejung gitu je. Aku lagi prefer sayur segar kat pasu so bila nak makan, petik je. Zelo selalu bahan aku acah acah green hands. Sis cuba k sis cuba.

Ikan aku beli aritu, mati sekor. Terus tukar air 50%. Harap yang lain panjang la umur. Sebenarnya sedikit sebanyak aku lega la bila dah tukar dari gravel ke soil akuarium aku tu. Senang bela. Takde la nak kene vacuum bagai. Aku tak rajin. So korang kalau nak buat akuarium sila lah letak soil terus. Senang keje. Senang bela. Masa pun tak bazir.

Tengok aku cuba jadi green hands, pencinta haiwan. Bukan ikan je aku bela, siput pun aku bela. Akuarium aku lagi satu tu bila tah nak buh udang balik. Eiii fobia.

No comments:

Post a Comment

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu