Hari ni birthday Zelo. Dah masuk 31 tahun. So semalam nak buat cake, aku call bake with yen shah alam nak beli bahan. Kemain langsi lagi eh cina yang angkat tepon. Ei dia punya kerek sampai aku cancel beli. Biadap gila.
So aku mintak Maryam tolong belikan. Aku lepas minah tu biadap aku cam dah malas dah. Ingat nak beli secret recipe je. Tapi mandangkan teringat ingat laki aku suka benor burnt cheesecake sampai dia pernah mintak aku buatkan (dia jarang la mintak aku buatkan kek bagai ni) so aku buat gak la pagi esoknya.
So nak jadi cerita malam tu aku order KFC. 9 ketul. Habis! Adam makan dua ketul wowzes tak pernah la dia makan ayam habis dua ketul. Suka sangat tu.
Adam pulak semalam sibuk buat kad untuk Zelo. Sebelum Zelo balik tu aku cakap kat dia aku nak order KFC untuk birthday abah.
Adam : “Tapi birthday abah esok bukan hari ni,”
Aku : “Okay. Kalau camtu japgi nanti abah balik Adam nak cakap apa kat abah?”
Adam : “Happy Birthday, Abah!”
Aku : “Tapi birthday abah esok?”
Adam : “Tapi Adam tak boleh sabar..”
Sebab aku tahu bebudak dah tak boleh sabar la kita makan kepsi malam tadi
Pagi ni aku turun turun terus buat burnt cheesecake kegemaran birthday boy nak makan petang. Pastu Sara dah bising “Abah! Abah! Mama buat cake birthday Abah!”
Memang memasing pesen tak menyabor hahaha tak seperais langsung! Hahahahahhaahha!
Sampai nak makan kek, dia makan suku wei! SUKU! Banyak gilaaaa. Hahaha rasa seronok dan puas hati susah payah buat Burnt Cheesecake untuk seketul suami.
Seperti biasa, oleh kerana sis nak semua orang rasa blog ni berguna.. Sis nak share resepi. Resepi Burnt Cheesecake.
Burnt Cheesecake ni aku dapat resepi dari Danish Harraz. Tapi aku olah sikit je. Sikitttt je. Haha. Bahan bahan dia simple. But a bit pricey. Tapi bila ko makan, dah tak pikir dah berapa ringgit ko berhabis beli cheese tadi. Best gilaaaaaa.
Resipi Burnt Cheesecake.
1000 grams Cream Cheese, lembutkan.
7 biji Telur Gred A atau B
1 cawan Castor Sugar (aku guna castor sugar banyak ni. Just nice tak manis sangat)
1/4 cawan Tepung Gandum
2 cawan Dairy Whipping Cream
1 sudu teh Vanilla Esen (ni Danish tak letak. Aku bubuh sebab banyak guna telur. Aku tak suka kek bau telur)
Cara-cara
On oven. Panas oven set 200°C api atas bawah. Memang burnt cheesecake guna suhu tinggi camni sebab nak kasi ada effect burn tuuu.
Burnt Cheesecake sesuai pakai springform/push pan supaya senang nak keluarkan dia dari acuan.
Springform Pan |
Push Pan |
Alas springform/push pan 9" tinggikan lebihan baking paper supaya kek tak melimpah keluar. Dia memang akan naik tinggi dari pan, jangan cemas gais.
Bakar dalam oven api atas bawah selama 1 jam-1 jam 20 minit, sehingga bahagian atas cheesecake gelap macam terbako tapi seksi gitu. Biarkan betul sejuk sebelum keluarkan dari baking pan. Kalau aku, aku pas masak tu aku biarkan kejap. Pastu aku terus buh dalam peti ais. Macam pagi tadi aku biar dalam peti ais dari pagi sampai kul 5 petang gitu. Just nice dah. Danish kata paling sedap dimakan selepas disimpan semalaman didalam chiller.
Setel.
Aku rasa ni kek paling senang didunia. Tak renyah. Cuma harga je boleh tahan. Tapi kalau ko suka cheesecake, ni paling berbaloi. Ni kat kedai satu slice mau RM18 tau!
BTW, HAPPY BIRTHDAY SUAMIKU!
No comments:
Post a Comment
hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu