30 January, 2023

Adam berjaya! Tahniah Adam!

 Pagi tadi aku jalan nak ke dapur sekali tengok kertas pekser sepah kat lantai sebab beg adam terbalik. Aku cam wow dapat kertas exam lagi tak habaq ke. Bila check tengok oh paper aritu.

Sekali aku check cam ada surat lain.

Fuyohhhh Adam dapat jadi pengawas pusat sumberrr! Hahaha cayalah Adam!!

Sebenarnya dari Adam darjah satu dia rasa pengawas itu adalah sesuatu yang cool. Hahaha sebab leh suruh orang itu ini la, jaga tangga la apa la. Hahahaha sekali masa dia dapat surat untuk gi temuduga tu, dia eksaited la tapi kecewa sebab dia dapat offer jadi pengawas pusat sumber bukan pengawas sekolah. Haha

Tapi aku cakap la kalau jadi pengawas pusat sumber cool kot leh baca buku. Adam kan suka baca buku. So dia pun berubah fikiran. Hahahaha

Dia cerita masa interview tu, cikgu tanya la cita cita dia. And cam biasa la dia nak jadi paleontologist. Pastu dia kata hobi dia suka baca buku ngan main game. Pastu kan cikgu cakap kalau jadi pengawas pusat sumber takleh baca buku tau. Hahaha mesti dia cam alaaa ape ni hahahahha!

Nasibla Adam. Ko tengok tarikh surat tu 17 aribulan. Hari ni dah 30 aribulan baru aku jumpa surat tu. Aku syak kalau aku tak check beg dia, memang tak tau ler pasal ni.

 Dia pun terkejut pastu lompat lompat suka ngan Sara haha tahape hape lah dia ni!!! Padahal dia dah dapat surat tu lama dah! Haha tak baca ke eii kecik besor kecik besor aku menengoknye hahahaha

Okay so dah boleh lega, dah boleh pikir dah nak beli baju sekolah next semester. Aku perasan setahun je dia jadi pengawas ni, mungkin akan renew atau orang lain pulak jadi pengawas aku pun tak sure. Takpela. Pengalaman. 

Semoga Adam jadi orang yang lebih berdisiplin dalam hidup, jadilah orang yang lebih baik dan bagus dari mama.

Aku memang tak bagus dulu. Tapi dulu, dulu punya cerita lah kan. So tugas aku sebagai mak, taknak dia jadi cam aku.

Tetiba air mata aku bergenang. Haha emo terok.

29 January, 2023

Dress ni putih gold ke biru hitam




Lawak la. Zelo kan dari dulu aku rasa sebelum ada bebudak ni memang gado ngan aku pasal baju ni. Hahahahhaa dia nampak warna hitam biru. Aku nampak warna putih gold. Haha

Sekali tadi gambaq ni keluar balik, pastu aku tanya dia. Dia still nampak warna biru hitam.

Pastu aku panggil Adam ngan Sara. Diorang cakap putih gold. Hahaha kelakar la.

Dia sorang jela yang bermasalah. Wakakakakakka! Seronok aku hahahha

Sotong kering besor lagi

Aku dah nampak dah. Untuk aku, bila tulis post, jangan la nak draft post esok ke, esok sambung ke. Memang rugi la ko satu post. Terus tak jadi nak post bila baca balik 🤣

Haha dah dua cite dah aku draft. Babai jela 🤣

Ok semalam aku gi jalan jalan. Breakfast la apa la pastu petang gi makan kat sushi king. So cam biasa aku duk tercari cari menu feberet aku, chuka idako. Iaitu sejenis sushi warna merah. Takde pun kat atas yang sushi jalan jalan tu. So aku pun belek belek la tab yang menu tu. Rupanya dia da masuk dalam menu cam sashimi. Sekali aku nengok harga dia RM10 lebih baler ko harga mahal gitu. Aku lupa la sebelum ni harga bape tapi takde la sampai RM10. Pinggan purple aku rasa.

Ni gambar dari blog tah mana mana tah tadi terus gugel sebab geram. Haha.

Ok ni harga latest kot aku pun tak sure.

Ha pastu kan. Semalam dapat je sotong tu aku terus cam.. what????

Banyak ni je??? Hahaha sama banyak ngan sepiring sushi pinggan purple tu.

Aku rasa pinggan purple tu, 3 4 ekor gak. Sama la ni. Mangkuk tu mangkuk kecik tau??? RM10++ memang mahal la. Ei Siti Sab mesti menyirap. Feberet dia ni. Hahaha dia la yang ajar aku makan. Sebab dia post kat story kabo sedap nau. Aku terpengaruh. Hahaha

Sushi king aku rasa cam dah tak relevan. Servis hauk, makanan mahal. Banyak lagi sushi aku rasa lagi best. Tapi tu lah, anak aku tu chicken nanban forever. Kadang bebel craving chicken nanbannn chicken nanbannn stress mak. 

So no choice masuk la jugak sushi king. Walaupun hari tu ada viral kicap sushi king ada ulat bagai la kan. Semalam sebelum makan check kicap dulu haha.

Nak masak chicken nanban sendiri?? Idok ler sis. Malasss


27 January, 2023

Adam kecewa


Adam dah melalui kekecewaan pertama dalam 2023. Haha setelah markah exam dia duk dapat 90++ je, ni pertama kali dia dapat 60++. Masuk je kereta, aku tanya dapat paper apa arini?

Terkelip kelip dia sambil bagi aku kertas pekser. Sekali aku tengok 66%. Haha pelik gak aku masa buat kat rumah, dia salu dapat banyak betul. 66% tu maksudnya banyak la salah. Dia nampak la kecewa sedih. Tapi dia cam nak hilangkan rasa sedih dia bagitau aku kawan dia ada lagi rendah dari dia. Tahape hape kan pangai

Dia ni aku syak masa exam banyak berangan. Mata melilau. Ada soalan tak jawab. Pastu soalan suh jawab secara tulis perkataan dia pi tulis nombor. Baca soalan tak habis.

Pehtu yang aku bengang ada satu soalan ni. Dia tunjuk jam pukul 2.30. Dia tanya kalau tambah 30 minit lagi jadi pukul bape. DIA BOLEH JAWAB 2.60???? Ingat apa harga sosej ke?????

Aku tak marah pun. Takpela. Kecik lagi. First time exam. Tula sape suruh gelakkan member tak pandai jawab soalan aritu. Masa habis exam tu dia gelakkan kawan di sebab tak tahu gundal tu ape. Ha mendapat. 

Takpelah belajar dari kesilapan. Pasni kita buat lagi leklok ok Adam

26 January, 2023

Ilmu ada dihujung jari

Pasal mira filzah kena tegur bab baby wearing tu, aku ada baca gak.


Ada manusia dalam dunia ni, yang  tak suka kena tegur, yang ada cara dia sendiri, yang memang taknak terima ilmu pun.

Tak kisah la bab apa pun. Lagi lagi parenting. Car seat ke, babywearing ke, breastfeeding ke. Memang sensitif.

Dulu aku suka jugak share pengalaman aku and tegur kawan kawan kalau ternampak salah ke ape ke. Menyesalnya aku sampai ke hari ni hahahahahah. Kenapa la aku menyibuk. Patut aku biorkan aje. 

Ada orang mintak pendapat, aku share jela apa yang aku tau. Aku suka je share. Tapi masalahnya bila dia tak buat ke atau ikut kepala sendiri ke selepas aku da buang air liur aku bagi tips bagai, aku yang mental. Kenapa nak mental kan? Biarlah dia nak ikut ke tak kan? Haha tapi nak wat camne aku dah rasa camtu????

Pastu aku tak masuk campur dah. Lantak ler kome.

Baik la aku jaga mental sendiri dulu ye dak.

Tapi sejujurnya aku happy kalau sesiapa nak tips ke aku ni bukan pandai mana pun. Tahu ler sesikit.

Sape sape nak tips menyusu ke, tips baby wearing ke. Aku sudi share ngan korang. Roger je k

Anak yang pekser mak yang over

Aku semalam nightmare Adam punya paper bahasa arab dapat 35%. Bahaha ni semua sebab dia cakap dia tak yakin dia leh score paper bahasa arab. Bahasa arab dia ada dua paper. Satu KSSR satu lagi KSRA. Kira satu paper sekolah agama, satu paper sekolah kebangsaan la tapi kan dia sekolah pesen dedua dalam satu sekolah, so ada dua bahasa arab la.

Ni banyak lagi paper lain tak dapat lagi. First time Adam ada exam. Masa darjah satu tahun lepas takde pun exam exam ni. Culture shock terus.

Dia kata bahasa arab ada yang dia takleh jawab. Dia yang exam aku yang berdebor lebih T____T tapi takpela dia dah usaha. Aku terima je result dia.

Haritu interview untuk pengawas perpustakaan. Dia kata okay. Aku ni nunggu jela result dia dapat ke tak dapat sebab yela nak beli baju sekolah bagai kan.

Pastu tadi masa tengah nunggu Adam kuar sekolah, terdengar la mak budak duk menyembang cakap pasal pengawas perpustakaan dah tau la sape dapat bagai. Anak dia tengok surat kat bilik guru. Tapi kelas tak tahu lagi. Satu kelas dua orang je pengawas. Ei aku pun seram jugak bab ni. Kalau tak dapat mesti Adam kecewa kan?

Tapi sebenarnya aku ok je kalau tak dapat. Kira kalau dapat ok, tak dapat pun aku ok. Cuma takut Adam kecewa la. Yela inilah kehidupan Adam. Tak semestinya apa yang kita nak, kita leh dapat.

Bagus la sebenarnya jadi pengawas even pengawas perpustakaan. Yela bagus la untuk disiplin kan dia, pastu bagi semangat memimpin bagai. Bagi dia tanggungjawab. 

Dulu masa zaman sekolah aku pernah je jadi pengawas masa form 1. Semak kot nak kena keluar kelas panggil orang je kejenye. Pastu kena jaga pagar la kena keluar rehat awal la ei aku tak suka. Masuk form 2 aku letak jawatan terus. Terukk laaa mak ko Adam oi



SOP Mengopi whatt???


Haha baler. Bodo pekat mane yang buat rules gini. Nak lepak lepak jela? Nape nak kena belanje plak? Susah ke nak pikir, kita lepak, kita sembang, kita makan, kita bayar sendiri. Win win la kan. Kalau camni punya mindset takde sape la nak ngajak ngko melepak.

Lagi memalukan kalau ko dah keje, pastu ngajak surirumah lepak pastu ko expect dia belanje. Malu lah orang tu takde sumber pendapatan pun ko nak tekan gak. Ko pikir sebab dia ada laki, laki dia bagi duit. Whattttt

Aku ada je kenal orang camni. Aku ni takkan le nak kate aku takde duit aku pun ada maruah gak kahkah so aku bayorkan jela dengan harapan dan doa supaya dia sedar apa yang dia buat tu memalukan.

Kalau cenggini nye pangai ko takyah ajak aku lepak pun takpe. Takde common sense. Manjang nak orang lanje je slambe mintak plak tu pastu orang plak tak sampai hati nak tolak kang ko yang malu.

Lagi satu ko dah keje ada duit gaji, ajak aku gi makan. Ok la kan memang aku ni kalau keluar ngan sape sape aku tak pernah expect pun orang blanje aku ke apa. Sendiri nak makan sendiri bayar la. Kalau orang dahulukan duit masa nak bayar pun, aku bahagikan duit service charge k takdenye aku nak bayar makanan je. 

Ha sambung aku geram bila ajak makan, pastu nak share. Aku taknak share. Aku tak cukup makan share share ni. Air share share ni. Ko dah kenapa nak share share. Beli jela sendiri punya. Tak habis sudah lah? Ko takde duit takyah keluar. Kan senang?

Eiii geram je aku

Lemak aku dah naik lemak

Melampau betul. Selera makan tak leh dibendung. Dia macam ada suatu perasaan eii ruginyee kalau tak makannnn. Ala esok boleh diet. Ala ambik sikit takpe kot. Whatttttt?? Perangai apa inii kau takde pendirian ke???

 

Abaikan typo mak aku. Tapi ko tengok ni. Ajak gi makan cake. Hati aku libang libu dah dengan keje banyak kena siapkan, pastu aku pun dah start makan telo mata 2 bijik ngan mayonis pagi tadi kononnya nak keto balik, bila baca message ni macam ade sepuluh suara duk cakap emm takpelah esok la buat balik hmm makan jela hmm ikutjela hmm tinggalkan jela keje tu hmmm

Okay. Kita lepaskan peluang ini untuk menjadikan alasan “takkan aku nak sia siakan usaha aku tak ikut makan cake ritu?” Kira pasni kalau aku nak ambik carbs, aku akan pikir camtu.

Berkesan weh. Tahun lepas aku pernah berjaya turunkan berat badan dari 64kg sampai la jadi 53kg. Aku keto.

Masa memula start tu, aku bercuti gi Pahang. Memang aku kuat semangat gila tak ambik carbs. Gi makan Jaman Tory wei tak ambik nasi pun. Aku makan ikan jeeee. Pastu lepas lepas tu aku memang pikir, ‘Kalau aku langgar ni rugi la gi Pahang ritu tak makan Jaman Tory,’

Jahaha tu je modal aku kalau nak makan carbs. Haha 8 bulan kot aku tak makan carbs. Ke setahun? Lupa dah.

Ok so camne ni? Boleh start balik ke? Kalau aku tak kurus, aku tak dapat dah pakai baju baju aku yang aku beli masa kurus aritu. Rugilahhhh.

You can do it Eny!

24 January, 2023

Hobi saya suka membeli pastu pening

 Aku bengang la berat aku sekarang ni memang la 60 kilo tapi apesal la perut ni punya lipat lain macam. Weh ape yang susah sangat nak jaga makan???? Kenapa susah sangat???? Kenapa aku makan cam setan????????

Aku rasa memang dah tahap maksimum sangat dah ni. Kalau camni gayanya tak lama lagi takde baju dah aku muat woi!!!

Tu baru stress satu. Sekarang dah tibanya waktu untuk cerita pasal stress kedua ya.


Aku ni baru beli mesin potong kertas. Harga mahal RM370 aku tak tahu la kenapa aku beli sedangkan aku ni tengah kumpul duit nak gi Korea. Ahhhhh. Boleh ke aku jana duit guna benda ni????

ASYIK BELI JE JUAL NYE TAKKK????

So sekarangnya macamana aku nak selesaikan dua masalah aku ni. Camne nak control makan? Camne nak jual hasil guna benda ni???? Aku nak buat buku. Nak buat sampul duit raya gak. Tapi apsal banyak sangat tapi.

Aku bila dapat commision job mesti aku serabut. Lagi lagi bab tanya aku harga. Lagi la pening. ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Ok dah tu je bye



22 January, 2023

Ok esok start


Kenapa la susah sangat aku nak keluar idea sendiri. Rasa macam berkarat sangat otak ni. Aku rasa aku kena banyak banyakkan doodle kat paper, cam dulu. Kena beli banyak buku cerita kanak kanak, bagi asah balik imaginasi.

Bila takde idea mula lah aku rasa bosan nak mendoodle.

Aku punya target kelaut sangat dah ni. Tapi takpe la better la ada dari takde. Next week start balik. MIAHAHAHHAA 

Apa ingat diet je ke yang kena start dari esok?

 

The Parenthood Icity Central


Aku ni dah macam duta icity central dalam seminggu tu mesti ada pegi sana. Haritu masa gi makan ngan Kak Ogy, pastu ternampak cam baru nak bukak. Excited terus menularkan berita baik tersebut kepada sanak saudara. Gembira tak terperi mereka sebab kalau nak pegi The Parenthood ni memang Sunway Pyramid jela paling dekat. Harga kompem mahal.

So hari ni gi makan sana, baru bukak. Semalam tutup lagi.


Berdasarkan pemerhatian aku, nampak kecik la tak sebesau kat Sunway Pyramid. No wonder la murah kot. Kalau kat Sunway tu siap ada kafe bagai.

1 entry kanak kanak, 1 free dewasa. Kalau ada dewasa nak masuk lagi, tambah RM5 per kepala. Kanak kanak bawah 10 tahun kena ada pengawasan ibu bapa. 


2 tahun kebawah freeeeeee.

Kalau korang nak gi, okay kot boleh la pegi. Aku kalau pegi kompem la weekdays. Weekend bapak la ramai. Tapi aku rasa murah lagi sini dari Kidzoona Icity Central.

Gitulah, tempat perabih duit mak bapak.

 

Makan nak, buat keje malas.


Semalam aku beli kasut. Tatau la kenapa aku beli since kasut adidas yang aku beli ritu pun tak pakai pakai. Aku segan sebenarnya cam sesuai ke? Aku dah la gemok?????

Kenapa susah sangat la nak kurus. Susah la bila nampak makanan sedap sikit je terus jahanam??? Camne nak mulakan balik??? What the???


Berat aku sekarang maintain 59 - 60kg zzzz tapi berat ni kalau tak keto perut memang jahanam. Tak tau la kenapa. Kalau ko keto lemak ko tak cari pasal sangat nak timbul merata.


Memula terliur tengok popcorn, pastu nampak bananabro plak baru bukak kat icity central, ha hambik. Aku tak pernah makan, ni first time. Sedap la bagi aku. Tapi ayam dia banyak jenis isi dada even potong kecik kecik, aku tak gemor. So makan kat sini, ambik kari ketam campur kari ayam, banjir, pehtu makan ngan sayur timun tu, ngan peria goreng tu pun aku rasa mantap sangat dah. Peria dia paling mantap. Aku tak suka peria tak pahit. Tapi ni aku bagi A even tak pahit.

Habis nasik. Jahanam. Pas setel makan baru la ada rasa penyesalan 🥲

By the way tujuan aku buat posting ni adalah untuk meroyan betapa pemalasnya aku asyik terbaring je kejenya padahal keje banyak. Bila scroll instagram, scroll tiktok, hmm tengok orang lain aktif je. Ada je mende nak dijual. Aku? Satu hape pun takde. Calendar dah habis musim dah gais. Takde dah orang beli calendar nak masuk february dah ni 😤

Please la Eny.

 

20 January, 2023

Nasib ada blog ni lagi


Since blog dah tak popular, and aku yakin takde sape pun baca, and aku pun takde nak promote kat mana mana untuk orang baca, boleh lah aku merentan kat sini ye dak?

Beberapa hari ni (yeke beberapa hari?) aku rasa down sangat. Aku dari dulu benci orang layan aku macam orang bodoh lagi lagi secara public. Ke aku ni selalu tunjukkan aku nye bodoh sampai orang layan aku cam orang bodoh atau sebenarnya kau yang bodoh?

Gurau ke tak gurau ke aku kisah pulak dengan ko punya gurau? Aku takleh la. Benda ni aku memang tak suka dari dulu. Kalau aku marah orang kata aku emo. Emo pale bapak ko

Bila bengang camni start la aku artblock, terus rasa tak semangat, sebab sedih. Ko tau tak rasa dia macam ko nye tengkuk berat, sebu sebak je. Takde mood nak buat apa apa. 

Aku tak suka la camni.

Padahal hari ni aku kena announce pemenang giveaway tapi aku tak buat buat lagi. Minggu ni bape hari aku skip to do list aku. Aku benci betul.

Dalam hati aku nangis ko apa tau