Haha dah dua cite dah aku draft. Babai jela 🤣
Ok semalam aku gi jalan jalan. Breakfast la apa la pastu petang gi makan kat sushi king. So cam biasa aku duk tercari cari menu feberet aku, chuka idako. Iaitu sejenis sushi warna merah. Takde pun kat atas yang sushi jalan jalan tu. So aku pun belek belek la tab yang menu tu. Rupanya dia da masuk dalam menu cam sashimi. Sekali aku nengok harga dia RM10 lebih baler ko harga mahal gitu. Aku lupa la sebelum ni harga bape tapi takde la sampai RM10. Pinggan purple aku rasa.
Ha pastu kan. Semalam dapat je sotong tu aku terus cam.. what????
Banyak ni je??? Hahaha sama banyak ngan sepiring sushi pinggan purple tu.
Aku rasa pinggan purple tu, 3 4 ekor gak. Sama la ni. Mangkuk tu mangkuk kecik tau??? RM10++ memang mahal la. Ei Siti Sab mesti menyirap. Feberet dia ni. Hahaha dia la yang ajar aku makan. Sebab dia post kat story kabo sedap nau. Aku terpengaruh. Hahaha
Sushi king aku rasa cam dah tak relevan. Servis hauk, makanan mahal. Banyak lagi sushi aku rasa lagi best. Tapi tu lah, anak aku tu chicken nanban forever. Kadang bebel craving chicken nanbannn chicken nanbannn stress mak.
So no choice masuk la jugak sushi king. Walaupun hari tu ada viral kicap sushi king ada ulat bagai la kan. Semalam sebelum makan check kicap dulu haha.
Nak masak chicken nanban sendiri?? Idok ler sis. Malasss
Ingat ke burung puyuh. Sotong penye
ReplyDeletekannn! udah la kecik, sikit pulokkk. marohhhh
Delete