06 May, 2023

Kisah Laundry

House chores ni benda yang takkan habis. Sama cam basuh pinggan. Benda yang ko takleh elak. Memang kena buat.

Kalau ko malas sidai baju, boleh ngelat lagi beli dryer. Kalau ko malas basuh pinggan, boleh beli dishwasher ha. Kalau bab baju totally, memang takleh elak kecuali kalau ko pakai daun.


Aku salu ada masalah bab laundry sebab aku malas la hai tapi terpaksa gila buat. Sejujurnya, kat umah sekarang ada dua bakul besau aku kena gantung (aku tak lipat baju tu pun still malas lagi apo nak jadi)

Aku paling menyampah kalau laki aku gi anta dryer, memang sebakul besor dia angkut. Salu kalau anta dryer dobi ni bila balik dari berjalan jauh, or sebelum g jalan jauh.

Padahal patutnya gembira la kan? Tapi aku stress sebab banyak gila kena gantunggggg T__T

Tula puncanya kenapa kat umah aku sekarang ada dua bakul besau tak bergantung. Yesss tu diaaaaa

Aku rasa aku kena buat jadual la. Aku kena tukar.

Setiap hari, satu bakul laundry.

Sehari sangkut satu bakul baju. Tolong la wajibkan benda ni hari hari. Tolonggglahhhh *merayu*

Sekarang ni sehari aku basuh dua tiga round. Bila banyak, aku jadi macam menyampah gila.

Aku cuba asingkan baju aku, zelo, anak aku, cadar, towel, baju putih. Menarik gak. Aku guna kaedah ni dah beberapa bulan dah. Menarik dari segi apa?

Kalau nak cari baju, senang.

Kompem dah basuh semua baju yang dah pakai. Contohnya baju zelo la.

Kiranya kalau zelo cari baju dia, ada. Sebab memang dah basuh.

Tapi yang tak bagusnya, bazir elektrik. Sehari basuh banyak kali. And banyak gila kena sangkut. Aku penat mental.

Aku rasa kena ubah la.

Maybe sekalikan baju aku, anak aku dan adam. Baju zelo, towel dan cadar je asing.

Isnin : baju aku

Selasa : baju kids

Rabu : baju zelo, baju sekolah.

Khamis : towel

Jumaat : cadar, baju putih.

Sabtu : baju zelo.

Ahad : baju kids.

Aku paling tak banyak baju. Bebudak ni kan sekolah. Sehari bape kali tukor baju. Lelagi Sara. Zzzz

Baju Zelo paling priority. Aku paling tak suka kalau dia tanya mana baju dia, tapi ada dalam bakul tak basuh lagi hahaha aku ni cam duk rumah tak buat apa apa je bunyik dia.

OK good luck Eny.

No comments:

Post a Comment

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu